Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780153
Title: Prevalens dan peramal bagi pengusiaan yang berjaya dalam kalangan penjawat awam lingkungan umur prapersaraan di Lembah Klang
Authors: Khairul Rafizah Hairodin, Dr.
Supervisor: Khadijah Shamsuddin, Prof. Dr
Aniza Ismail, Prof. Madya. Dr.
Hazlina Mohd. Miskam, Dr.
Keywords: Public health
Research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jun-2019
Abstract: Sejajar dengan trend global, Malaysia bergerak pantas ke arah negara menua. Perubahan perkadaran umur ini bakal mengakibatkan pertambahan kejadian penyakit, ketidakupayaan dan isu serta cabaran yang perlu dikendalikan sewajarnya terutama dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi yang diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens dan faktor peramal bagi pengusiaan yang berjaya kriteria penyelidik (PBKP) dan pengusiaan yang berjaya nilaian kendiri (PBNK) dalam kalangan penjawat awam lingkungan umur prapersaraan di Malaysia. Kajian keratan rentas melibatkan 1,064 orang penjawat awam (berusia 50 hingga 60 tahun) dari sembilan (9) buah agensi kerajaan di Selangor dan WP Kuala Lumpur. Pensampelan berbilang tahap telah digunakan yang melibatkan kaedah pensampelan rawak mudah bagi pemilihan 4 daripada 23 buah kementerian dan 2 buah agensi bagi setiap kementerian. Pensampelan purposif digunakan untuk pemilihan negeri. Responden dikehendaki melengkapkan soal selidik dan kemudiannya dinilai fungsi kognitif mereka menerusi Mini Mental State Examination (MMSE). Prevalens PBKP (berdasarkan kriteria penyelidik iaitu tidak menghidap mana-mana enam (6) penyakit kronik utama, mempunyai fungsi fizikal dan psikokognitif yang baik) ialah 37.5%. Prevalens PBNK pula jauh lebih tinggi iaitu 98.7%, walaupun terdapat responden melaporkan menghidap penyakit kronik atau dikenalpasti mempunyai batasan fungsi fizikal. Regresi logistik berganda menunjukkan empat (4) faktor yang mempunyai odd lebih tinggi untuk mencapai PBKP iaitu kumpulan lebih muda (50 hingga 54 tahun) (aOR 1.32, 95%CI 1.01-1.73, p=0.020), aktif fizikal (aOR 1.39, 95%CI 1.05-1.84, p=0.038), tidak obes (aOR 2.14, 95%CI 1.52-3.02, p<0.001) dan mempunyai sokongan sosial yang baik (aOR 1.78, 95%CI 1.30-2.43, p <0.001). Analisis deskriptif menunjukkan lima (5) faktor yang mendapat pilihan tertinggi sebagai peramal bagi PBNK dalam kalangan responden ialah mempunyai amalan kerohanian atau keagamaan yang baik, keluarga yang bahagia, fungsi psikokognitif yang baik, sokongan sosial yang baik dan fungsi fizikal yang baik. Perbezaan prevalens bagi kedua-dua PB ini menggambarkan wujud perbezaan kriteria bagi PB di antara persepsi responden dengan kriteria penyelidik. Salah anggap responden tentang proses pengusiaan sebagai berjaya walaupun pada hakikatnya mempunyai penyakit kronik, batasan fizikal atau psikokognitif boleh menjejaskan status kesihatan kerana mereka terus mengamalkan gaya hidup tidak sihat tanpa tindakan untuk memperbaikinya. Majikan harus menggalakkan penjawat awam mengambil berat tentang kesihatan diri menerusi saringan kesihatan berkala sejak usia muda, penyediaan persekitaran tempat kerja yang sihat dan menjalankan aktiviti promosi PB terutamanya menyasarkan tingkah laku sihat. Ini penting bagi mencegah kecacatan atau penyakit yang lebih banyak apabila mereka tua. Penyediaan lebih banyak kelab atau persatuan untuk penglibatan sosial golongan ini dapat membantu pencapaian PB terutamanya bagi aspek kesihatan psikokognitif.
Notes: e-tesis
Pages: 261
Call Number: WA20.5.K45p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780153
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Prevalens dan peramal bagi pengusiaan yang berjaya dalam kalangan penjawat awam lingkungan umur prapersaraan di Lembah Klang.pdf
  Restricted Access
Full-text3.46 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.