Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780150
Title: | Pembangunan, kesahan dan keboleh percayaan soal selidik faktor dan kesan ergonomik kognitif untuk profesion kesihatan bersekutu di Melaka |
Authors: | Shahirah Md Rasid (P112639) |
Keywords: | Ergonomics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jul-2025 |
Abstract: | Ergonomik kognitif adalah penggunaan prinsip saintifik untuk memastikan pekerja dapat bekerja secara optimum dari segi mental. Perubahan dalam sistem serta beban kerja dilihat mempengaruhi elemen dalam ergonomik kognitif. Dengan permintaan kesihatan pesakit yang semakin meningkat, ahli profesion kesihatan bersekutu (AHP) cenderung untuk mempunyai beban kerja kognitif yang lebih berat dan memberi kesan terhadap kesejahteraan diri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan, mengesahkan dan menentukan kebolehpercayaan soal selidik ergonomik kognitif ke atas ahli profesion kesihatan bersekutu (AHP) di Melaka. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran dan data dikumpul menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini mempunyai dua fasa: Fasa I (Pembangunan) dan Fasa II (Pengujian Lapangan). Fasa I termasuk membangunkan Soal Selidik Faktor dan Kesan Ergonomik Kognitif (FKEK), menterjemah Subjective Mental Effort Questionnaire (SMEQ) ke dalam versi Bahasa Melayu, kesahan kandungan kedua-dua instrumen (N=8) dan ujian kebolehlaksanaan. Fasa II (N=120) termasuk pengesahan konstruk dan ujian kebolehpercayaan, mengkaji korelasi antara FKEK dan SMEQ dan menentukan kesan interaksi kumpulan AHP dan tahap ergonomik kognitif terhadap kesejahteraan diri berdasarkan Indeks Kesejahteraan Diri (PWI). Untuk kesahan kandungan, lapan konstruk dalam FKEK menunjukkan kesahan kandungan yang baik (I-CVI=0.875- 1.00), manakala versi Bahasa Melayu bagi SMEQ mempunyai skor I-CVI yang sempurna. Kesahan muka dan temubual kognitif mengesahkan kedua soal selidik mempunyai tatabahasa yang sesuai, kejelasan, ejaan perkataan yang betul, struktur ayat yang tepat, saiz fon yang sesuai dan struktur instrumen yang jelas kepada populasi sasaran. Ujian kesahan dan kebolehpercayaan selanjutnya menunjukkan bahawa FKEK mempunyai kesahan penumpuan yang baik (AVE=0.60-0.93), kesahan diskriminan (HTMT= -0.008-0.8316), kebolehpercayaan komposit (CR=0.857-0.983), ketekalan dalaman (α=0.851-0.98) dan kebolehpercayaan pengujian semula (ICC=0.67-0.97). Keputusan ujian korelasi menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi lemah antara FKEK dan SMEQ (p=0.002, r=0.277). Ujian ANOVA bebas dua hala menunjukkan interaksi yang signifikan antara kumpulan AHP dan tekanan kerja pada skor PWI (F (2, 114) =4.135, p=0.018) dan kumpulan AHP dan kesan ergonomik kognitif pada skor PWI (F (2, 114) =4.604, p=0.012). Kajian ini mendapati bahawa soal selidik FKEK adalah alat yang sah dan boleh dipercayai untuk menilai ergonomik kognitif dalam populasi AHP di Melaka. Kajian masa depan membandingkan FKEK dengan jenis pekerjaan yang berbeza di Malaysia menggunakan saiz sampel yang lebih besar melibatkan tempat kerja di bandar dan luar bandar adalah disyorkan. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 158 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780150 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan kesahan dan keboleh percayaan soal selidik.pdf Restricted Access | Full-text | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.