Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780142
Title: | Status vitamin D dan faktor-faktornya dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Siti Hanisa Awal (P92926) |
Supervisor: | Nor Aini Jamil @ A. Wahab, Dr. Poh, Bee Koon, Prof. Dr. |
Keywords: | Vitamin D Child Development Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Jun-2025 |
Abstract: | Vitamin D memainkan peranan penting dalam metabolisme tulang, fungsi imun dan pertumbuhan kanak-kanak. Kajian keratan rentas ini merupakan sebahagian daripada kajian South East Asian Nutrition Surveys II (SEANUTS II) yang bertujuan mengemas kini status vitamin D serta mengenalpasti faktor-faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak di Semenanjung Malaysia. Seramai 242 kanak-kanak berumur 7–12 tahun (54.3% perempuan; purata umur = 8.2 ± 0.8 tahun) telah terlibat. Data dikumpulkan melalui soal selidik sosiodemografi, penilaian aktiviti fizikal, ukuran antropometri, ingatan diet 24 jam bagi menganggar pengambilan vitamin D, pendedahan cahaya matahari menggunakan lencana UVB dan analisis aras serum 25- hidroksivitamin D (25OHD) daripada sampel darah berpuasa. Majoriti peserta merupakan kanak-kanak Melayu (59.9%), tinggal di kawasan bandar (65.7%), dan mempunyai berat badan (62.0%) serta ketinggian (91.3%) dalam julat normal. Kanakkanak lelaki didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi berbanding perempuan (2.9 ± 0.7 vs. 2.5 ± 0.6; p<0.0001). Hampir semua peserta (99.2%) tidak mencapai saranan pengambilan vitamin D (purata = 4.6 ± 0.3 µg/hari). Pendedahan kepada cahaya matahari juga adalah rendah (median = 0.2 ± 0.3 SED/hari). Purata aras serum 25OHD adalah 67.8 ± 1.5 nmol/L, dengan prevalens kekurangan vitamin D (< 50 nmol/L) sebanyak 31.4%. Kanak-kanak lelaki mempunyai aras serum 25OHD yang lebih tinggi (67.2 ± 16.1 nmol/L) berbanding perempuan (55.3 ± 18 nmol/L; p<0.0001). Umur (r = -0.345), berat badan (r = -0.426), peratus lemak tubuh (r = -0.318) dan pendedahan kepada cahaya matahari (r = -0.153) mempunyai korelasi yang negatif dengan serum 25OHD. Manakala tinggi (r = 0.408) dan skor aktiviti fizikal (r = 0.150) mempunyai korelasi yang positif dengan 25OHD. Analisis regresi linear berganda mengenalpasti umur (β = -4.4), lokasi kediaman (β = -4.5), jantina (β = 13.3) dan etnik (β = 5.0) sebagai peramal signifikan terhadap aras serum 25OHD, dengan model menjelaskan sebanyak 36.1% variasi. Setiap peningkatan satu tahun umur dikaitkan dengan penurunan sebanyak 4.4 nmol/L dalam aras serum 25OHD. Kanak-kanak lelaki didapati mempunyai 13.3 kali ganda lebih tinggi aras 25OHD berbanding perempuan. Manakala kanak-kanak berbangsa Cina mempunyai 4.97 kali ganda lebih tinggi berbanding bangsa Melayu. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar menunjukkan aras 25OHD 4.5 kali ganda lebih rendah berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hasil kajian ini menekankan keperluan pemantauan status vitamin D secara berkala serta pelaksanaan intervensi pemakanan dan gaya hidup yang lebih berfokus, khususnya dalam kalangan kanak-kanak perempuan, berbangsa Melayu dan yang tinggal di kawasan bandar, bagi menangani isu kekurangan vitamin D dan implikasi kesihatan yang berkaitan. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 135 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780142 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Status vitamin D dan faktor-faktornya dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di Semenanjung Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 3.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.