Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780138
Title: | Penilaian pembeza layan forensik profil organik tak meruap tanih hutan dengan teknik UHPLC dan K-jiran terdekat |
Authors: | Nadirah Abd Hamid (P126612) |
Supervisor: | Lee, Loong Chuen, Dr. Hukil Sino Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah. Dr. |
Keywords: | Forensic Chromatography, Liquid Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-May-2025 |
Abstract: | Analisis forensik asal usul tanih bertujuan memberi idea berkenaan lokasi yang paling berkemungkinan berdasarkan ciri-ciri tanih yang dipertikaikan. Analisis ini amat berguna dalam konteks dunia sebenar memandangkan sampel piawai untuk analisis perbandingan jarang dijumpai. Kajian lepas telah membuktikan profil organik tanih berguna dalam pengkelasan menurut kegunaan tanih. Oleh yang demikian, kajian ini bermatlamat meneroka lebih lanjut kelebihan pemprofilan organik tanih dengan teknik kromatografi cecair berprestasi ultra-tinggi (UHPLC) dalam pembeza layan tanih hutan. Secara ringkasnya, tujuan kajian ini ialah menilai keupayaan teknik UHPLC dalam membeza layan tanih hutan menurut jenis dan tahap aktiviti manusia dengan bantuan kaedah kemometrik. Sejumlah 163 sampel tanih yang meliputi enam negeri dan 10 kawasan telah dikumpulkan dengan teknik grid. Profil fizikokimia tanih, iaitu pH dan warna tanih, telah ditentukan terlebih dahulu. Selepas itu, cap jari organik tak meruap sampel tanih diperolehi dengan sistem UHPLC yang diganding dengan pengesan ultra-lembayung nampak. Variasi antara-negeri, -kawasan dan -kelas penggunan tanih, telah diterokai berdasarkan ciri-ciri fizikokimia dengan analisis koresponden mudah butstrap (CA) dan statistik perihalan. Susulan itu, data UHPLC berpiksel tanih yang diperolehi pada panjang gelombang 230 nm dipraproseskan dengan strategi prapemprosesan data (DP) tunggal dan ensembel menurut lima tetingkap masa retensi (RT) yang berbeza. Prestasi strategi DP telah dianggarkan dengan dua jenis sampel buta menurut model K-jiran terdekat (KNN). Teknik pensampelan rawak ulangan berstrata turut diamalkan dalam menyediakan 100 pasangan sampel latihan dan ujian. Hasil kajian menunjukkan variasi antara kelas lebih ketara daripada antara negeri dan kawasan menurut ciri-ciri fizikokimia. Oleh itu, data UHPLC hanya dinilai dalam pengkelasan tanih berdasarkan kelas sahaja. Pemodelan KNN berjaya mencapai ketepatan lebih 90% dengan sub-dataset mentah dan yang telah dipraproseskan. Dapatan kajian ini mendorong kajian lanjutan untuk menerokai keunikan profil sebatian organik tak meruap tanih yang terdedah kepada pelbagai jenis aktiviti manusia yang berlainan, contohnya tanih terbengkalai. Kefahaman ini penting kepada perkembangan pendekatan analisis forensik asal usul tanih yang lebih matang dan menyeluruh secara umumnya, dan mencetus pembangunan pangkalan data tanih di Malaysia. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 140 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780138 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penilaian pembeza layan forensik profil organik.pdf Restricted Access | Full-text | 2.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.