Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780106
Title: | Pengenalpastian kulat endofit daripada makroalga dan metabolit antibakteria |
Authors: | Muhammad Haziq Anwar Azlan (P93145) |
Supervisor: | Nazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr. Nur Farah Ain Zainee, Dr. |
Keywords: | Endophytic fungi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jan-2023 |
Abstract: | Kulat endofit daripada persekitaran semulajadi dikenalpasti sebagai sumber untuk pelbagai metabolit biologi sekunder yang baru. Terdapat hanya beberapa kajian dari Malaysia yang mengkaji potensi metabolit ini walhal metabolit yang signifikan daripada sudut farmakologi masih belum ditemui. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk memencil dan mengenalpasti kulat endofit daripada makroalga terpilih serta potensi dalam aktiviti antibakteria. Kulat endofit di dalam kajian ini telah dipencil daripada makroalga perang, Sargassum sp. dan makroalga hijau, Ulva lactuca. Lima pencilan kulat endofit telah dipencilkan daripada kedua makroalga tersebut dan dikenalpasti daripada segi morfologi kasar dan cerapan mikroskopik. Sebagai tambahan, analisis jujukan gen peruang transkripsi dalaman (ITS) telah dilakukan. Lima spesies kulat endofit yang berbeza berjaya dikenalpasti iaitu Trichoderma asperellum isolate Tasum66, Aspergillus fumigatus isolate 2011F6, Aspergillus aculeatus isolate KUASN14, Penicillium sp. FKI-3389 dan Hypoxylon monticulosum AS28-D8. Setiap kulat endofit tersebut kemudian diekstrak menggunakan etil asetat (EA) dan aktiviti antibakteria disaring terhadap beberapa bakteria seperti Bacillus subtilis, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Klebsilla pneumoniae dan Enterecoccus faecalis melalui ujian kepekatan perencatan minimum (MIC). Hasil menunjukkan A. aculeatus isolate KUASN14 dan Penicillium sp. FKI-3389 tidak mempunyai sebarang aktiviti terhadap bakteria yang diuji, manakala H. monticulosum AS28-D8 pula mempunyai aktiviti antibakteria yang paling tinggi dengan spektrum yang paling luas terhadap bakteria yang diuji sama ada Gram positif mahupun negatif. Oleh itu, kajian lanjutan aktiviti antibakteria ekstrak EA H. monticulosum AS28-D8 melalui pemfraksian berpandukan bioasai telah dijalankan. Pemfraksian ekstrak EA kulat endofit H. monticulosum AS28-D8 telah menghasilkan tiga fraksi iaitu fraksi n-heksana (FN), fraksi kloroform (FK) dan fraksi metanol (FM). Ujian antibakteria menunjukkan tiga fraksi tersebut tidak mempunyai sebarang aktiviti terhadap K. pneumoniae. Fraksi FK mempunyai aktiviti bakteria terhadap bakteria lain yang diuji dengan nilai MIC yang paling rendah iaitu 2.5 mg/mL terhadap B. subtilis. Fraksi FN dan FM aktif terhadap B. subtilis. Kesemua ekstrak EA H. monticulosum AS28-D8 serta tiga fraksi tersebut telah dianalisis melalui kromatografi cecair – jisim spektrometri (LC/MS) untuk mengenalpasti metabolit aktif yang terdapat di dalamnya serta hubungannya dengan aktiviti antibakteria. Sebanyak 15 metabolit telah berjaya dikenalpasti dan beberapa metabolit dilaporkan telah dipencil dan dikenalpasti daripada beberapa kulat endofit dan makroalga. Metabolit yang mempunyai aktiviti antibakteria antaranya adalah dihydrocordoin, D-pantothenoyl-L-cysteine, caffeine dan Tumonoic A acid. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah menunjukkan H. monticulosum AS28-D8 berjaya dipencilkan daripada makroalga yang terpilih dengan kandungan beberapa metabolit bioaktif antibakteria yang boleh dikaji lanjut sebagai agen terapeutik yang baru. |
Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 116 |
Call Number: | QK570.2.M848 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780106 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengenalpastian kulat endofit daripada makroalga dan metabolit antibakteria.pdf Restricted Access | Partial | 556.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.