Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780105
Title: | Prestasi genetik kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) pada kacukan Dura Deli x Pisifera Avros, Dura Deli x Pisifera MPOB-Nigeria dan Dura Deli x Pisifera Hibrid (MPOB-Nigeria x United Plantations Berhad) |
Authors: | Fadila Ahmad Malike (P94408) |
Supervisor: | Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, Dr. Mohd Din Amiruddin, Dr. Zulkifli Yaakub, Dr. |
Keywords: | Oil palm -- Breeding Oil palm -- Genetic engineering Oil palm -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Dec-2022 |
Abstract: | Pengeluaran biji benih kelapa sawit (dura × pisifera) komersial di Malaysia bergantung kepada populasi dura Deli dan pisifera AVROS. Justeru, program biakbaka direka untuk pembangunan kedua-dua populasi tersebut bagi menghasilkan bahan tanaman kelapa sawit berhasil tinggi. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk menilai prestasi progeni dari kacukan dura Deli × pisifera AVROS, dura Deli × pisifera MPOB-Nigeria dan dura Deli × pisifera hibrid (MPOB-Nigeria × United Plantations Berhad) bagi ciri-ciri hasil dan komponen hasil, komponen kualiti tandan dan vegetatif serta fisiologi. Selain itu, ia juga adalah untuk menganggar komponen genetik, keterwarisan (h2) dan daya gabungan umum (GCA) selain menganalisis korelasi fenotip antara ciri-ciri dikaji. Sejumlah 38 progeni dari kacukan dura Deli × pisifera AVROS, dura Deli × pisifera MPOB-Nigeria dan dura Deli × pisifera hibrid (MPOB-Nigeria × United Plantations Berhad) telah ditanam di Stesen Penyelidikan MPOB Hulu Paka, Terengganu pada tahun 2007 mengikut Reka Bentuk Blok Lengkap Rawak (RCBD) dengan tiga replikasi. Progeni dura Deli × pisifera hibrid (MPOB-Nigeria × United Plantations Berhad) merekodkan hasil berat tandan segar (FFB) tertinggi. Namun, progeni dura Deli × pisifera MPOB-Nigeria mengungguli kebanyakan ciri seperti bilangan tandan (BNO), min berat buah (MFW), minyak setiap mesokarpa basah (O/WM), minyak setiap tandan (O/B), hasil minyak (OY), jumlah produk ekonomi (TEP) dan jumlah minyak (TOT). Sementara itu, progeni dura Deli × pisifera AVROS menunjukkan min tertinggi untuk ciri-ciri berkaitan kernel seperti kernel setiap buah (K/F), kernel setiap tandan (K/B) dan hasil kernel (KY) serta ciri-ciri fisiologi iaitu bahan kering tandan (BDM) dan indeks tandan (BI). Analisis varians (ANOVA) menunjukkan terdapat kebolehubahan genetik pada semua ciri yang dikaji dengan komponen varians progeni (σ2f) yang tinggi untuk kebanyakan ciri komponen kualiti tandan. Sumber induk betina dura D7 (Ulu Remis × Ulu Remis) dan D3 (Highlands Estate × Highlands Estate) dikenal pasti sebagai dura Deli yang baik untuk program biakbaka dan pengeluaran biji benih sawit. Anggaran keterwarisan erti luas (h2B) adalah tinggi untuk BNO, purata berat tandan (ABW) dan majoriti ciri komponen kualiti tandan (>60%), manakala rendah untuk kebanyakan ciri vegetatif dan fisiologi (<30%). Dua induk jantan pisifera MPOB-Nigeria iaitu P6 (0.337/552) dan P4 (0.337/147) telah menunjukkan prestasi hasil dan komponen hasil serta komponen kualiti tandan yang baik iaitu dengan catatan min FFB, BNO, mesokarpa setiap buah (M/F), O/WM, O/B, OY, TEP dan TOT tertinggi. Kedua-dua P6 dan P4 juga mempunyai keupayaan bergabung umum (GCA) yang baik untuk ciri-ciri tersebut. Korelasi fenotip antara ciri-ciri yang dikaji pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat di antara OY dengan FFB, BNO, O/WM, O/B, TEP, TOT, BDM dan jumlah bahan kering (TDM). Sementara itu, analisis komponen utama (PCA) menunjukkan varians tertinggi (35.17%) pada komponen pertama (PC1) dan ia dicirikan oleh ciri-ciri komponen kualiti tandan. Berdasarkan analisis kluster, semua 38 progeni dura × pisifera ini dikelompokkan kepada tiga kumpulan utama (kluster) dengan beberapa sub-kluster. Selain meluaskan takungan genetik bahan tanaman kelapa sawit di Malaysia, dura Deli × pisifera MPOB-Nigeria dijangka dapat meningkatkan hasil minyak sawit negara yang statik selama beberapa dekad dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan industri sawit pada masa akan datang. |
Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 115 |
Call Number: | SB299.P3F339 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780105 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Prestasi genetik kelapa sawit (Elaeis Guineensis Jacq.) Pada kacukan Dura Deli × Pisifera Avros, Dura Deli × Pisifera Mpob-Nigeria Dan Dura Deli × Pisifera Hibrid (MPOB-Nigeria × United Plantati.pdf Restricted Access | Partial | 498.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.