Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780090
Title: Pembinaan indeks pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
Authors: Patronella William Yaw (P121084)
Supervisor: Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Effective teaching
Teacher effectiveness
Science -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2024
Abstract: Taksonomi Fink merupakan alternatif kepada Taksonomi Bloom sebagai rangka kerja bernilai kerana kelebihan taksonominya yang bercorak membulat dan saling berinteraksi serta menekankan aspek afektif. Walau bagaimanapun, bukti empirikal psikometrik yang terhad di dalam instrumen Taksonomi Fink, menyukarkan usaha untuk mengukur indeks tahap pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya subjek Sains bercirikan konteks tempatan. Justeru, kajian ini bertujuan membina indeks tahap pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink dalam pengajaran dan pembelajaran Sains termasuk menguji aspek kesahan dan ciri-ciri psikometrik item pengukurannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan enam konstruk Taksonomi Fink iaitu Pengetahuan Asas, Aplikasi, Integrasi, Dimensi Kemanusiaan, Penyayang dan Belajar cara Belajar. Teori yang mendasari kajian ini adalah Model Taksonomi Fink (2003), Teori Pembelajaran Kognitif (1950), Teori Pembelajaran Konstruktivisme (1896) dan Teori Respons Item (1950). Sejumlah 270 sampel guru Sains yang bertugas di sekolah menengah kebangsaan di negeri Sabah, Malaysia dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kajian turut melibatkan beberapa fasa iaitu kajian kebolehpercayaan melalui tinjauan pakar (bahasa, profesional dan lapangan), kajian rintis dan kajian sebenar. Penemuan kajian mendapati kesemua 95 item awal instrumen ini memenuhi nilai kesahan muka dan kesahan kandungan untuk tujuan pemurnian instrumen. Dapatan rintis menunjukkan sebanyak 61 item daripada 95 item asal memenuhi ciri-ciri psikometrik untuk mengukur indeks tahap pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink berdasarkan Model Pengukuran Rasch seperti keserasian dan polariti item, unidimensionaliti, kebebasan setempat, kebolehpercayaan dan indeks pengasingan. Indeks pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink dalam pengajaran dan pembelajaran Sains didapati berada pada tahap memuaskan. Selain itu, analisis Ujian-T bagi dua sampel tidak bersandaran menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara guru lelaki dengan guru perempuan dan juga pengalaman mengajar menggunakan analisis ujian ANOVA sehala. Implikasi kajian ini berupaya menambahbaik input, maklumat dan manfaat kepada KPM, JPN dan PPD dari segi gambaran awal yang jelas berkaitan tahap pemahaman guru terhadap Taksonomi Fink. Selain itu, pengenalan dan pendedahan akan membolehkan guru-guru mendalami tentang Taksonomi Fink. Implikasi kajian ini juga akan mengukuhkan teori pengukuran moden dalam aspek psikometrik item. Pembinaan indeks berpotensi mempromosikan penggunaan Taksonomi Fink dalam sistem pendidikan konteks tempatan terutamanya dalam bidang Sains. Idea kajian ini boleh dikembangkan melalui latihan guru dalam menggunakan Taksonomi Fink dan pendedahan kepada pelajar dalam persekitaran pembelajaran mereka. Cadangan kajian lanjutan adalah untuk memperbanyak dan meluaskan responden tinjauan berdasarkan populasi, lokasi kajian dan tahap pendidikan pelajar serta mempelbagaikan metod kajian dan menyebarluas Taksonomi Fink melalui pelibatan pemegang berkepentingan.
Pages: 268
Call Number: LB1027.4.P38 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780090
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan indeks pemahaman guru terhadap taksonomi fink dalam pengajaran dan pembelajaran sains.pdf
  Restricted Access
Full-text4.69 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.