Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780086
Title: | Pengujian ciri psikometrik dan profil kecenderungan praktis heutagogi guru sekolah menengah |
Authors: | Ahmad Fazril Alias (P113483) |
Supervisor: | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Teachers -- Malaysia Teaching -- Methodology Psychometrics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Jul-2024 |
Abstract: | Heutagogi ditakrifkan sebagai kajian tentang pembelajaran penentuan kendiri. Heutagogi semakin mendapat perhatian tinggi dalam pendidikan termasuk permintaan pasaran untuk pekerja kreatif dan kompeten agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berubah-ubah dan kompleks. Guru memainkan peranan utama dalam memastikan pendekatan pengajaran yang pelbagai digunakan dalam bilik darjah. Namun begitu, didapati bukti empirikal pengujian psikometrik dan pembinaan profil heutagogi yang terhad daripada aspek praktis dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Ini menyebabkan kesukaran untuk menambahbaik praktis melalui data yang tepat dan tekal. Justeru, kajian ini bertujuan membina profil kecenderungan praktis heutagogi (KPH) guru sekolah menengah dengan pertimbangan psikometrik yang mendalam. Reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif secara soal selidik digunakan melibatkan enam elemen pendekatan heutagogi iaitu Meneroka, Mencipta, Kolaborasi, Perkongsian, Jalinan dan Refleksi. Sampel kajian terdiri daripada 540 orang guru daripada empat buah negeri di Malaysia telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pensampelan berkelompok multi tahap. Beberapa fasa telah dijalankan iaitu kajian semakan pakar, kajian rintis dan kajian lapangan. Dapatan kajian kesahan mendapati kesemua 36 item awal instrumen kajian ini memenuhi nilai kesahan kandungan bagi tujuan pemurnian. Dapatan rintis menunjukkan sebanyak 32 item daripada 36 item asal telah memenuhi ciri-ciri psikometrik untuk mengukur KPH guru sekolah menengah berdasarkan Model Rasch seperti kesepadanan item, unidimensionaliti, kebebasan setempat, kebolehpercayaan dan indeks pengasingan. Dapatan menunjukkan KPH guru sekolah menengah didapati berada pada tahap sederhana tinggi (Min=3.96). Analisis inferens ujian T tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi KPH guru sekolah menengah antara guru lelaki dan perempuan. Implikasi teori melibatkan penambahbaikan pengukuran KPH daripada aspek pelaksanaan di peringkat menengah. Selain itu, dapatan kajian berpotensi memperbaiki amalan sedia ada murid dan gaya pengajaran guru. Pembinaan profil KPH guru sekolah menengah menggalakkan penggunaan elemen rekabentuk pengajaran heutagogi dalam aktiviti berpusatkan murid dalam konteks sekolah menengah. Idea kajian ini boleh dikembangkan melalui latihan kepada guru untuk menggunakan pendekatan pengajaran heutagogi dan pada masa sama mendedahkan murid kepada pembelajaran penentuan kendiri. Cadangan kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memperluas responden kajian berdasarkan tahap pendidikan dan populasi, mempelbagai kaedah analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pengukuran serta menggunakan pendekatan reka bentuk kajian berbeza bagi mengkaji KPH. |
Pages: | 212 |
Call Number: | LB1728.A36 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780086 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengujian ciri psikometrik dan profil kecenderungan praktis heutagogi guru sekolah menengah.pdf Restricted Access | Full-text | 2.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.