Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780083
Title: Kerangka penilaian impak sumber rekreasi kawasan alam semula jadi di Semenanjung Malaysia
Authors: Siti Noorbaizura Bookhari (P84146)
Supervisor: Saiful Arif Abdullah, Prof Madya Dr.
Mohd Kher Hussein, LAr. Dr.
Keywords: Natural areas -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations -- Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Sep-2024
Abstract: Pada masa kini, pendekatan dalam menilai impak sumber rekreasi kawasan alam semula jadi di Semenanjung Malaysia adalah bersifat umum dan tidak komprehensif menjurus kepada kesukaran dalam menentukan ukuran tahap impak yang berlaku. Penekanan kepada keperluan terhadap penggunaan parameter impak sumber rekreasi yang standard kurang diberikan perhatian. Ini disebabkan di Semenanjung Malaysia, tidak terdapat kerangka khusus atau mekanisma pengukuran yang setara bagi menentukan sama ada impak sumber rekreasi yang berlaku berada di tahap boleh diterima atau sebaliknya. Oleh itu, kajian ini bermatlamat untuk membangunkan kerangka penilaian impak sumber rekreasi standard bagi kawasan alam semula jadi yang diuruskan oleh pelbagai pihak yang berbeza. Objektif adalah untuk menentukan set parameter impak sumber rekreasi yang digunakan seperti penilaian terhadap tanah, tumbuhan, air dan hidupan liar yang jelas tampak kelihatan di kawasan kajian. Pengenalpastian set parameter bermula dari kupasan teori substantif berkaitan impak sumber rekreasi di kawasan alam semula jadi menerusi model dan garis panduan dari dalam dan luar negara. Seterusnya, tiga langkah utama dilakukan iaitu i). analisis tindanan dan penyepaduan, ii). pengelasan set parameter untuk tanah, tumbuhan, air dan hidupan liar dan iii). pengesahan set parameter akhir. Hasilnya terdapat sembilan (9) parameter untuk tanah, tumbuhan (10 parameter), air (5 parameter) dan hidupan liar (4 parameter). Kerangka penilaian impak sumber rekreasi yang telah dikenal pasti tersebut digunakan untuk i). menilai status semasa impak sumber rekreasi kawasan alam semula jadi melalui kaedah pemerhatian berstruktur menggunakan borang inventori impak sumber rekreasi dan ii). menilai tahap penerimaan (acceptable level) pengunjung terhadap impak yang berlaku melalui kaedah soal selidik di enam (6) kawasan kajian yang telah dipilih. Hasil analisis pertama menunjukkan status semasa tanah (hakisan tanah dan kadar saliran tanah); dan tumbuhan (akar terdedah, kehilangan tumbuhan, litupan kanopi, kepadatan tumbuhan dan komposisi tumbuhan) berada pada tahap impak sederhana. Manakala, sumber air dan hidupan liar disahkan berada pada tahap impak yang minimum. Hasil kajian analisis kedua pula menunjukkan tahap penerimaan terhadap impak air dan hidupan liar adalah tidak boleh diterima sekiranya berlaku sebarang gangguan dan perubahan kualiti sumbernya. Tahap tidak boleh diterima kerana sumber ini menggambarkan hubungan penting dengan pengunjung kawasan alam semula jadi sebagai sumber rekreasi dan meningkatkan kualiti pengalaman berekreasi mereka. Sumber tanah dan tumbuhan berada di tahap sedikit tidak boleh diterima. Berdasarkan penilaian yang dilakukan terhadap enam (6) kawasan kajian di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan parameter yang telah dikenal pasti itu, didapati kesemuanya boleh digunakan di dalam konteks menentukan status semasa impak sumber rekreasi kawasan alam semula jadi dan tahap penerimaan (acceptable level) pengunjung terhadap impak berkenaan. Justeru, kerangka penilaian impak sumber rekreasi yang dibangunkan ini merupakan mekanisma penting di dalam memastikan impak sumber rekreasi ditangani sebaiknya agar menepati sasaran pengurusan sumber rekreasi yang lestari di Semenanjung Malaysia.
Pages: 296
Call Number: QH77.M4.S58 2024 tesis
Publisher: UKM,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780083
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka penilaian impak sumber rekreasi kawasan alam semula jadi di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text19.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.