Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780082
Title: | Mekanisme pembiayaan pendidikan golongan asnaf fakir miskin melalui dana zakat |
Authors: | Hamizah Zahari (P98358) |
Supervisor: | Nurul Ilyana Muhd Adnan, Dr. |
Keywords: | Zakat -- Malaysia Education -- Malaysia -- Finance Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Aug-2024 |
Abstract: | Pembiayaan pendidikan yang telah disediakan pada masa kini merupakan satu manifestasi kewangan yang berasaskan kaedah ujrah atau upah. Golongan asnaf zakat terutamanya golongan asnaf fakir miskin mengalami masalah yang besar untuk membiayai pengajian anak-anak mereka di IPT bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Golongan anak-anak asnaf fakir dan miskin sebenarnya layak mendapatkan bantuan pendidikan terutamanya daripada dana zakat. Apatah lagi terdapat ramai yang tercicir menerima bantuan yang diberikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu struktur yang baru bagi kaedah pembiayaan pendidikan kepada golongan asnaf fakir miskin daripada dana zakat. Kajian ini menggunakan metodologi berbentuk penerokaan melalui data kualitatif dan kaedah dokumentasi. Pengumpulan data dibuat melalui proses temu bual mendalam secara separa struktur. Data primer diperoleh secara langsung dipilih daripada responden kumpulan pertama seramai tiga orang dan responden kumpulan kedua seramai dua orang. Data temu bual di transkrip secara verbatim yang dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Terdapat tiga objektif kajian ini. Pertama, mengenal pasti prinsip-prinsip asas syariah dalam pembentukan kaedah pembiayaan pendidikan secara pinjaman daripada dana zakat. Kedua, menganalisis amalan agihan dana zakat untuk pembiayaan pendidikan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Ketiga, mencadangkan kaedah pembiayaan pendidikan kepada golongan asnaf fakir dan miskin daripada dana zakat di Malaysia. Hasil kajian mempamerkan tiga implikasi daripada hasil kajian ini. Pertama, masalah untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan dapat diatasi dengan adanya pembiayaan daripada dana zakat melalui qarḍ al-hasan yang bebas daripada riba. Kedua, institusi zakat dapat membantu golongan anak-anak asnaf melalui pinjaman untuk memberikan peluang bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ketiga, institusi zakat dapat memperkenalkan mekanisme baru yang mampu mengeluarkan anak-anak asnaf daripada kepompong kemiskinan dan bertukar menjadi pembayar zakat pada masa akan datang. |
Pages: | 139 |
Call Number: | BP180.H357 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780082 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Mekanisme pembiayaan pendidikan golongan Asnaf Fakir Miskin melalui Dana Zakat.pdf Restricted Access | Full-text | 1.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.