Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780080
Title: Gerakan ketenteraan 'Uthmaniyyah dalam pembukaan wilayah Balkan pada abad ke-14M hingga ke-15M
Authors: Norshafika Muhammad Shahril (P110110)
Supervisor: Ermy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr.
Ezad Azraai Jamsari, En.
Keywords: Armies -- Turkey -- History
Islam -- Balkan
Turkey -- History -- Ottoman Empire, 1288-1918
Balkan Peninsula -- History
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Sep-2024
Abstract: Wilayah Balkan merupakan sebuah kawasan yang terletak di Eropah Timur yang membawa kepada perkembangan Islam semasa era Kerajaan Uthmaniyyah pada abad ke-14M. Situasi ini menyebabkan pentas ketenteraan Uthmaniyyah diwarnai dengan penerokaan yang berlaku secara meluas meskipun bergelut menghadapi ancaman kuasa Barat yang bertapak lama di wilayah Balkan. Namun demikian, kehebatan pemerintah dan kekuatan Uthmaniyyah telah membawa impak yang besar sepanjang tempoh abad ke-14M hingga ke-15M yang berjaya melebarkan sayap ke wilayah Balkan. Ini membuktikan kerajaan Uthmaniyyah antara kuasa Islam yang terawal dalam futuhat Islamiyyah di Semenanjung Balkan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang situasi di Balkan sebelum kedatangan Islam, di samping meneliti faktor perkembangan Islam oleh kerajaan cUthmaniyyah dalam menguasai wilayah Balkan. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peranan pentadbiran kesultanan dalam gerakan ketenteraan Uthmaniyyah di wilayah Balkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Data dikumpulkan menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya yang berkaitan secara langsung dalam sejarah ketenteraan Islam di cUthmaniyyah dalam abad ke-14M hingga ke-15M. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa wilayah Balkan memainkan sejarah besar dalam kejayaan Islam yang semakin terserlah menerusi pencerakinan retrospektif berkaitan perihal kekuatan pertahanan yang seimbang selaras strategi yang dibawa dalam organisasi ketenteraan. Sementara itu, pemerintahan Sultan Murad I, Bayezid I dan Murad II menyaksikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial antara tunjang kejayaan perluasan Islam dalam siri kempen perluasan wilayah di Balkan. Sumbangan kajian ini berupaya mendukung pengetahuan dalam kalangan para pengkaji sejarah dan tamadun Islam di Balkan berkenaan pemerihalan gerakan ketenteraan Uthmaniyyah dan usaha perluasan wilayah yang dilakukan. Pengurusan ketenteraan perlu selaras dengan kewibawaan peranan pentadbiran dalam membantu mencapai kemajuan kerajaan Uthmaniyyah.
Pages: 248
Call Number: DR486.N677 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780080
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Gerakan ketenteraan Uthmaniyyah dalam pembukaan Wilayah Balkan pada abad ke-14M hingga ke-15M.pdf
  Restricted Access
Full-text2.96 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.