Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780079
Title: | Kefahaman tentang perwalian nikah dalam kalangan masyarakat Islam Kota Bharu, Kelantan |
Authors: | Suhaida Zakaria (P101637) |
Supervisor: | Che Maryam Ahmad |
Keywords: | Guardian and ward (Islamic law) Marriage (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Sep-2024 |
Abstract: | Wali merupakan salah satu rukun perkahwinan yang sering menimbulkan pelbagai persoalan antaranya berkaitan keperluan izin wali dalam perkahwinan, wali enggan, perkahwinan perempuan yang tidak mempunyai wali, maksud wali hakim, perpindahan perwalian nikah dari wali nasab kepada wali hakim dan prosedur permohonan mendapatkan kebenaran berkahwin berwalikan wali hakim. Objektif kajian ini adalah meneroka konsep perwalian nikah dalam perkahwinan menurut Fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam, menganalisis tahap kefahaman masyarakat Islam Kota Bharu, Kelantan berkaitan perwalian nikah dan menganalisis tahap kefahaman dan kesedaran terhadap implikasi kahwin tanpa izin wali. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan kaedah kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan sampel seramai 384 orang daripada kalangan masyarakat Kota Bharu, Kelantan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Stastic Package for Social Sciences (SPSS) version 27 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai). Analisis kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbrach kajian ini ialah (a=0.94). Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap perwalian nikah dan implikasi perkahwinan tanpa izin wali berada pada tahap yang tinggi dan baik.Implikasi kajian dapat memberikan gambaran serta rujukan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan untuk menambaikan segala kekurangan dalam pengurusan perkahwinan terutama berkaitan perwalian nikah. Di samping untuk mempertingkatkan lagi pendedahan mengenai perwalian kepada masyarakat seperti mengadakan program-program, ceramah, forum dan sebagainya. Hal ini kerana pelaksanaan oleh pihak-pihak yang berkepentingan akan memberi kesan yang lebih positif kepada masyarakat. |
Pages: | 109 |
Call Number: | BP158.G8S848 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780079 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kefahaman tentang perwalian nikah dalam kalangan masyarakat Islam Kota Bharu, Kelantan.pdf Restricted Access | Full-text | 2.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.