Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780075
Title: Kaedah rawatan fobia dan penerapan spiritual Islam dalam kalangan psikiatri
Authors: Najah Husna Muhammad Zawawi (P110526)
Supervisor: Siti Jamiaah Abdul Jalil, Dr.
Fariza Md. Sham, Prof. Dato'
Keywords: Psychotherapy -- Religious aspects -- Islam
Phobias -- Religious aspects -- Islam
Fear -- Religious aspects -- Islam
Psychology -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2024
Abstract: Fobia merupakan gangguan kebimbangan yang sering terjadi dalam masyarakat tanpa mengira umur. Fobia yang tidak dirawat awal juga mampu memberi kesan yang teruk kepada individu dari aspek biologi, psikologi dan sosial. Namun begitu, kajian tentang rawatan fobia menurut spiritual Islam masih kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti konsep fobia, faktor dan simptom fobia, mengkaji kaedah rawatan fobia oleh psikiatri dan menganalisis kaedah rawatan fobia dan penerapan spiritual Islam dalam kalangan psikiatri. Peserta kajian adalah seramai tujuh orang yang berada di Hospital Besar Melaka, Hospital Selayang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah, Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak Selangor dan Hospital Chanselor Tuanku Muhriz Cheras Kuala Lumpur. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan melalui proses temu bual separa struktur. Hasil kajian menunjukkan fobia menurut psikologi Barat adalah ketakutan yang melampau dan tidak rasional kepada sesuatu objek, keadaan atau situasi serta menghasilkan pengelakkan kepada objek yang ditakuti tersebut. Manakala fobia menurut Islam dikenali sebagai al-ruhab. Al-Ruhab pula merupakan ciri-ciri al-khāuf. Namun, al-Ruhab lebih serius daripada al-khāuf. Fobia terbahagi kepada tiga iaitu fobia spesifik, fobia sosial dan Agorafobia. Terdapat tiga faktor kepada fobia iaitu biologi, psikologi dan sosial. Di antara simptom utama fobia adalah wujudnya rasa takut yang melampau dan berlebihan kepada situasi atau objek tertentu, unsur pengelakkan diri, adanya simptom-simptom fizikal dan memberi gangguan pada kehidupan atau kemerosotan fungsi dari sudut pekerjaan, rutin harian dan hubungan sosial. Fobia yang tidak dirawat awal akan memberi kesan kepada pesakit. Antara kesan fobia adalah hubungan sosial terjejas, tahap kefungsian merosot, mendapat penyakit mental yang lain seperti kemurungan dan individu juga tidak dapat mencapai tahap yang optimum apabila melakukan sesuatu rutin atau pekerjaan. Kaedah rawatan yang digunakan oleh psikiatri bagi merawat fobia adalah berdasarkan kepada ubat-ubatan dan tanpa ubatan iaitu kaedah psikoterapi. Hasil analisis berkaitan penerapan elemen spiritual Islam masih kurang diterapkan oleh psikiatri berkaitan spiritual Islam dalam rawatan, namun begitu terdapat usaha untuk menerapkan elemen spiritual Islam dalam kalangan pesakit Muslim berdasarkan kepada kepada kesediaan dan kesesuaian pesakit. Antaranya adalah elemen penyucian hati, doa, tawakal, zikir, solat dan membaca al-Quran. Implikasi kajian ini dari aspek ilmu ialah pengembangan ilmu spiritual Islam dalam bidang psikiatri khususnya yang berkaitan dengan rawatan fobia. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati penerapan elemen spiritual Islam merupakan nilai tambah kepada psikiatri dalam merawat fobia.
Pages: 230
Call Number: BP190.5.P79N355 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780075
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah rawatan fobia dan penerapan spiritual Islam dalam kalangan psikiatri.pdf
  Restricted Access
Partial1.05 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.