Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779833
Title: Faktor risiko gaya hidup dan polimorfisme nukleotida Tunggal (SNPS) yang dikaitkan dengan nilai BMI dan HBA1C kajian keratan rentas di kalangan kakitangan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Authors: Kevina N. Yanasegaran (P97784)
Supervisor: Ng, Pei Yuen, Dr.
Mohd Rizal Abdul Manaf, Prof. Dr.
Azmawati Mohammed Nawi, Prof. Madya Dr.
Chua, Eng Wee, Dr.
Keywords: Obesity
Diabetes Mellitus, Type 2
Life Style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2025
Abstract: Walaupun banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti gen yang dikaitkan dengan obesiti dan diabetes jenis 2 (T2D) merentasi populasi yang berbeza, hanya terdapat maklumat yang terhad mengenai populasi Melayu. Hubung kait SNPs, faktor gaya hidup, dan nilai BMI dan HbA1c dalam perkembangan obesiti dan T2D kurang difahami. Oleh itu, kajian keratan rentas telah dilakukan untuk menganalisis SNP yang dikaitkan dengan nilai BMI dan HbA1c dalam kalangan kakitangan Melayu UKM. Walaupun, seramai 570 direkrut namun, hanya 389 peserta dimasukkan dalam kajian ini disebabkan data yang tidak lengkap. Data sosio-demografi, ukuran antropometrik dan ukuran biokimia telah dikumpul. Dalam 389 peserta, 262(67.4%) peserta adalah obes dan 21(5.4%) peserta menghidapi T2D. Genotaip telah dilakukan bagi 41 SNPs menggunakan Sistem MassARRAY®. Antaranya, hanya 12 SNPs obesiti dan 17 SNPs T2D telah melepasi kawalan kualiti standard experimen. Secara keseluruhan, analisis regresi menunjukkan hanya GLP1-R rs761386 (C/T) berkorelasi negatif dengan nilai BMI [pekali β = -1.502(95% SK -2.791, -0.213), p<0.023] dan juga bagi peserta yang mengambil kalori yang rendah. Sebaliknya untuk T2D, hanya tiga SNP menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan nilai HbA1c. ADCY5 rs11708067 (G/A) berkorelasi secara positif dengan nilai HbA1c [pekali β terlaras =0.530 (95% SK 0.179, 0.880), p=0 .003] manakala IGF2BP2 rs4402960 (G/T) dan GCK rs4607517 (G/A) berkorelasi secara negatif dengan nilai HbA1c [pekali β terlaras = IGF: -0.403 (95% SK -0.727, - 0.079), p=0.015; GCK: -1.271 (95% SK -2.140, -0.403), p=0.004] masing-masing. Tambahan pula, rs11708067 (G/A) dikaitkan dengan nilai HbA1c yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko T2D bagi peserta yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal dan yang mengambil purata kalori yang rendah. Selain itu, BDNF rs4074134 (C/T) juga dikaitkan dengan nilai HbA1c yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko T2D bagi peserta yang mengambil purata kalori yang rendah. Kesimpulannya, untuk data obesiti, polimorfisme SNP rs761386 melindungi peserta daripada risiko obesiti manakala, untuk data T2D, polimorfisme SNP rs11708067 meningkatkan risiko T2D dalam kalangan peserta bukan T2D. Penemuan ini perlu direplikasi dalam kohort yang lebih besar untuk membantu dalam pembangunan pemeriksaan, diagnosis dan rawatan obesiti dan T2D dalam populasi yang berbeza.
Notes: e-tesis
Pages: 231
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779833
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor risiko gaya hidup dan polimorfisme nukleotida.pdf
  Restricted Access
Full-text3.09 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.