Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779806
Title: | Penilaian prestasi tingkah laku neuro dan kerosakan DNA pada sel bukal dalam kalangan pekerja kilang pembuatan cat di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia |
Authors: | Nurul Afiqah Md Saironi (P107678) |
Supervisor: | Dr Normah Awang, Prof Madya ChM. Anuar Ithnin, Dr. Nurul Farahana Kamaludin, Dr. Farah Wahida, Dr. Chan, Kok Meng, Dr. |
Keywords: | Neurobehavioral Manifestations DNA Damage Occupational Health Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Feb-2025 |
Abstract: | Proses pembuatan cat melibatkan penggunaan pelbagai bahan kimia yang boleh mempengaruhi kesihatan pekerja. Pendedahan secara berterusan terhadap bahan kimia sebatian organik meruap (VOC) seperti toluena dan xilena yang digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk cat ini, dijangka dapat meningkatkan risiko penyakit berkaitan neurotoksisiti dan kesan genotoksik yang membawa kepada peningkatan kerosakan DNA sel bukal. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti prestasi tingkah laku neuro dan tahap kerosakan DNA pada sel bukal dalam kalangan pekerja kilang pembuatan cat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah secara keratan rentas yang mana kesemua pekerja kilang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 21 orang pekerja di bahagian pentadbiran sebagai kumpulan kawalan dan 19 orang pekerja di bahagian proses pembuatan cat sebagai kumpulan terdedah. Kesan kemerosotan tingkah laku neuro bagi setiap pekerja diukur menggunakan ujian piawai yang dicadangkan oleh WHO untuk mengesan kesan terhadap tingkah laku manusia disebabkan oleh pendedahan bahan kimia neurotoksik iaitu Neurobehavioral Core Test Battery (NCTB). Manakala, tahap kerosakan DNA pada sel bukal pula dinilai menggunakan kaedah persampelan sel bukal dan analisis asai komet. Data yang diperoleh daripada ujian NCTB individu ini menunjukkan skor prestasi tingkah laku neuro pekerja kumpulan terdedah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan dengan purata skor 50.18 dan 51.20 masing-masing. Analisis statistik menggunakan ujian t tidak bersandar mendapati skor prestasi bagi ujian reaksi masa mudah (SRT) dan ujian ketukan jari (FT) menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara kedua-dua kumpulan pekerja. Seterusnya tahap kerosakan DNA pada sel bukal melalui analisis asai komet dan pengskoran komet telah menunjukkan nilai purata untuk ketiga-tiga parameter bagi kumpulan terdedah adalah % peratusan ekor komet DNA: 8.97, momen ekor: 2.77 dan panjang ekor komet: 10.86, manakala bagi kumpulan kawalan pula adalah % peratusan ekor komet DNA: 5.42, momen ekor: 0.87 dan panjang ekor komet: 6.35. Analisis t tidak bersandar menunjukkan purata ketiga-tiga parameter bagi pekerja kumpulan terdedah di atas adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding pekerja kumpulan kawalan. Analisis statistik korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa pekerja kumpulan terdedah yang bekerja lebih lama dalam satu hari mempunyai skor prestasi yang lebih rendah secara signifikan (r = 0.56, p = 0.013) untuk ujian FT. Di samping itu, pekerja kumpulan terdedah yang bekerja lebih lama menunjukkan nilai parameter % peratusan ekor komet DNA yang lebih tinggi (r= 0.46, p = 0.047). Manakala melalui analisis statistik regrisi berganda (MLR) untuk skor prestasi ujian NCTB, faktor pemakaian alat perlindungan diri (PPE) menunjukkan pengaruh tertinggi dan signifikan (p = 0.014) terhadap ujian FT. Secara kesimpulannya, berdasarkan nilai skor prestasi kesemua ujian NCTB yang dijalankan dan data analisis asai komet telah menunjukkan bahawa pekerja kilang pembuatan cat telah mengalami kemerosotan pada tingkah laku neuro serta mengalami kerosakan DNA yang lebih tinggi. Oleh itu, majikan kilang yang terlibat perlu memandang serius terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerja serta mengambil langkah yang proaktif bagi mengurangkan risiko pendedahan bahan kimia terhadap status kesihatan pekerja mereka. |
Pages: | 122 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779806 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
(TERHAD)Penilaian prestasi tingkah laku neuro dan kerosakan.pdf Restricted Access | Partial | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.