Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779798
Title: Profil dan faktor yang mempengaruhi ketebalan retina dalam satu sampel kanak-kanak malaysia pelbagai etnik menggunakan topcon 3D OCT
Authors: Pua, Tian Siew (P127679)
Supervisor: Mohd ‘Izzuddin Hairol, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tomography, Optical Coherence
Retinal Diseases
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jan-2025
Abstract: Tomografi koheren optik (OCT) ialah teknik pengimejan bukan invasif yang digunakan dalam diagnosis dan pemantauan penyakit saraf optik atau retina. Pangkalan data normatif sedia ada kebanyakannya daripada orang dewasa, dan homogen dari segi etnik. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data ketebalan retina kanakkanak, menentukan persetujuan antara klasifikasi ketebalan retina kanak-kanak menggunakan pangkalan data dewasa dan kanak-kanak, dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketebalan retina. Kajian keratan rentas ini melibatkan 160 kanak-kanak berumur 6-18 tahun. Kanak-kanak menjalani imbasan Topcon 3D OCT-1 untuk mengukur ketebalan RNFL peripapillari dan makula. Nilai ketebalan retina ditentukan pada persentil pertama, ke-5, ke-95 dan ke-99. Cohen’s Kappa dan persetujuan spesifik antara nilai rujukan kanak-kanak dan dewasa dianggarkan. Ketebalan retina dibandingkan antara jantina dan etnik. Hubungan antara ketebalan retina dengan umur dan ralat refraksi diterokai dengan korelasi Pearson. Regresi linear berganda dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang berkaitan dengan ketebalan retina. Purata umur adalah 11.60 ± 3.28 tahun, purata sfera setara adalah -1.31 ± 1.90D. Purata ketebalan keseluruhan RNFL, purata ketebalan makula, dan ketebalan makula tengah adalah masing-masing 112.05 ± 8.65 µm, 280.24 ± 12.46 µm, dan 220.55 ± 17.53 µm. Lelaki mempunyai kuadran nasal (p=0.02), inferior (p=0.04) dan temporal (p=0.01) parafovea makula yang lebih tebal, tetapi GCC superior (p<0.01), inferior (p=0.02), dan nasal inferior (p=0.02) yang lebih nipis berbanding perempuan. Ujian ANOVA (p<0.01) menunjukkan subjek Cina mempunyai RNFL temporal paling tebal, diikuti oleh Melayu dan India. Umur dikaitkan secara positif dengan GCC nasal superior (p=0.03) dan nasal inferior (p=0.02). SE dikaitkan secara positif dengan kebanyakan parameter ketebalan retina (semua p<0.05). Pangkalan data OCT semasa terlebih mendiagnosis ketebalan RNFL normal dan terlebih menganggarkan kenipisan makula, GCC dan GCIPL dalam kes kanak-kanak. Penggunaan pangkalan data khusus kanak-kanak seperti yang dibangunkan dalam kajian ini adalah penting kerana ia membolehkan pengesanan awal dan ketepatan diagnosis masalah mata kanak-kanak, justeru meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Notes: e-tesis
Pages: 136
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779798
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Profil dan faktor yang mempengaruhi ketebalan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.75 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.