Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779796
Title: Keberkesanan aktiviti pembuatan kraf berterapeutik dalam merawat kepatahan tulang lengan bawah: percubaan terkawal rawak
Authors: Teoh, Rui Fen (P101602)
Supervisor: Chai, Siaw Chui, Dr.
Nor Afifi Razaob@Razab, Dr.
Mohd Iskandar Mohd Amin, Dr.
Keywords: Occupational Therapy
Stress Disorders, Post-Traumatic
Hand Injuries
Wrist Injuries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Feb-2025
Abstract: Kraf adalah salah satu alat intervensi berterapeutik terawal yang digunakan dalam profesion terapi cara kerja bagi meningkatkan kefungsian fizikal dan psikologi seseorang individual. Namun begitu, aktiviti pembuatan kraf berteraputik jarang digunakan dalam bidang terapi tangan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan pembuatan kraf berterapeutik terhadap ketidakupayaan, prestasi fizikal (termasuk ketangkasan, julat pergerakan aktif, dan kekuatan cengkaman), dan tekanan selepas trauma dalam kalangan pesakit kepatahan lengan bawah. Kajian ini mempunyai dua fasa. Fasa I (analisa aktviti dan perbincangan kumpulan berfokus) telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana enam orang pelajar tahun akhir Program Terapi Carakerja telah terlibat dalam pembangunan satu protokol kraf berterapeutik yang digunapakai sebagai intervensi dalam Fasa II. Fasa II (percubaan terkawal rawak) pula dijalankan di Hand and Upper Limb Centre, Pantai Hospital Kuala Lumpur, di mana pesakit kepatahan lengan bawah telah dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan dan kumpulan intervensi. Peserta kedua-dua kumpulan telah menerima terapi konvensional selama 1 jam, 2 kali seminggu untuk 6 minggu. Sebagai tambahan, peserta kumpulan intervensi juga menerima sesi aktiviti pembuatan kraf berterapeutik selama 15 minit selepas setiap sesi terapi konvensional. Data dari 38 orang peserta, iaitu 20 orang kumpulan kawalan dan 18 orang kumpulan intervensi telah dianalisa menggunakan model campuran ANOVA. Keputusan soalselidik Impact of Event Scale- Revised, menunjukkan peserta kumpulan intervensi mengalami pengurangan tekanan selepas trauma yang ketara berbanding dengan peserta kumpulan kawalan. Keputusan Quick-DASH dan Patient-Rated Wrist Evaluation menunjukkan tidak terdapat pengurangan ketara dalam ketidakupayaan peserta kumpulan intervensi. Kumpulan intervensi juga tidak menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi fizikal. Teknik pampasan yang dibenarkan semasa aktiviti pembuatan kraf berterapeutik mungkin telah mengurangkan cabaran ke atas ketidakupayaan dan prestasi fizikal peserta kumpulan intervensi. Kesimpulannya, aktiviti pembuatan kraf berterapeutik dapat mengurangkan tekanan selepas trauma bagi pesakit kecederaan tangan, oleh itu, intervensi ini boleh diintergasikan dalam amalan harian ahli terapi cara kerja yang bekerja di bidang terapi tangan.
Notes: e-tesis
Pages: 167
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779796
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan aktiviti pembuatan kraf berterapeutik dalam merawat kepatahan tulang lengan bawah percubaan terkawal rawak.pdf
  Restricted Access
Full-text3.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.