Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779368
Title: Politik kekerasan di Kalimantan Barat (kajian kes rusuhan etnik pada persaingan politik etnik Dayak dengan Melayu di Sambas)
Authors: Kristianus
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Rusuhan etnik
Politik identiti
Sosiologi konflik
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Propinsi Kalimantan Barat dikenali sebagai propinsi yang seringkali berlaku rusuhan etnik di Indonesia, setakat ini sudah 16 kali berlaku rusuhan etnik. Fenomena rusuhan etnik di Kalimantan Barat yang dianalisis hanya dari perspektif sosiologi dan anthropologi budaya, telah menghasilkan kesimpulan yang tendensius bahawa rusuhan tersebut berlaku kerana perbezaan budaya dan ekonomi, seolah-olah adanya budaya mengayau pada etnik Dayak merupakan punca etnik ini berperang dengan etnik pendatang (khususnya Madura yang juga memiliki budaya carok). Pelbagai fenomena rusuhan etnik yang bermunculan di Kalimantan Barat pada masa Orde Reformasi ini menjadi indikator bahawa peristiwa ini memiliki hubung kait dengan politik identiti khasnya pada persaingan etnik Dayak dan Melayu. Analisis dari perspektif politik identiti menyimpulkan bahawa rusuhan etnik merupakan bentuk usaha sesuatu etnik untuk menunjukkan eksistensi politiknya, oleh sebab secara politik mereka telah terancam atau dalam masa yang lama, mereka telah dimarginalkan secara sistematis. Kesimpulan demikian diperolehi antaranya dengan membandingkan fenomena kerusuhan etnik yang dilakukan etnik Melayu pada masa kini dengan rusuhan etnik yang pernah dilakukan etnik Dayak pada masa Orde Baru dahulu (rezim Suharto). Makalah ini disusun dalam lima sub tajuk. Sub tajuk pertama merupakan pendahuluan yang di dalamnya diuraikan hal-hal seperti latar belakang, masalah, dan tujuan kajian, sub tajuk kedua hingga empat merupakan pemaparan analisis persaingan etnik Dayak dengan Melayu yang berlaku pada tiga (3) periode pemerintahan di Indonesia (Orde Lama, Orde Baru dan Orde Reformasi). Setiap sub tajuk itu diberi penekanan pada sejarah pasang surut persaingan etnik Dayak dengan Melayu yang dikaitkan juga dengan perkembangan politik kontemporer. Analisis ini dilakukan dengan membandingkan peristiwa rusuhan etnik dengan peristiwa-peristiwa politik yang mewarnai keadaan sebelum ataupun sesudah rusuhan. Metod yang penulis lakukan berupa : analisis terhadap dokumen-dokumen studi sebelumnya yang relevan, kliping koran dan arkip-arkip institusi yang relevan. Segala persoalan pokok dalam perbincangan itu dirumuskan kembalidalam bab terakhir makalah ini dan sehubungan dengan itu beberapa kesimpulan telah dibuat mengenainya.
Pages: 68-69
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779368
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.