Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779362
Title: | Sifar setinggan di Bandaraya Kota Kinabalu: isu dan cabaran |
Authors: | Jalihah Md. Shah |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Urbanisasi Migrasi Program setinggan sifar Pembangunan bandar |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Menjelang tahun 2020, sebanyak 60.0 peratus daripada penduduk negeri Sabah dijangka akan menetap di kawasan bandar. Dengan ini, bandar menjadi tumpuan kumpulan manusia yang datang daripada berbagai profil ekonomi. Lantaran itu, pelbagai isu bandar menjadi semakin rancak dibincang dan diketengahkan. Salah satu masalah yang bergerak seiring dengan migrasi masuk ini ialah isu kekurangan tempat tinggal. Rata-rata golongan kurang berkemampuan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan rumah pada harga yang mereka mampu. Sebagai alternatif, ada yang bertindak mendirikan rumah atau menyewa di kawasan setinggan. Bandaraya Kota Kinabalu juga berdepan dengan kemunculan rumah setinggan yang semakin membimbangkan. Ekoran itu, kerajaan negeri telah mensasarkan tahun 2010 sebagai setinggan sifar. Pun begitu, usaha ke arah itu telah mula digiatkan dengan merobohkan rumah setinggan yang adakalanya dilaporkan akhbar sebagai membelakangkan nilai kemanusian. Apakah prosidur yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum melakukan kerja merobohkan rumah setinggan? Apa pula cabaran yang dihadapi oleh DBKK sepanjang kerja-kerja pembersihan kawasan setinggan dilakukan? Sejauhmana strategi yang diperkenalkan mampu memastikan agenda sifar setinggan tercapai seperti yang direncanakan? Bagaimana pula penerimaan golongan sasaran yang terlibat secara langsung dalam operasi sifar setinggan ini? Justeru itu, kertas kerja ini cuba membincangkan peranan yang dimainkan oleh DBKK dan isu yang dihadapi di samping 'mendengar' persepsi penghuni setinggan sendiri dalam usaha menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai 'wilayah sifar setinggan'. |
Pages: | 65-66 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779362 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.