Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779069
Title: Kepatuhan syariah pengguna bank Islamik: satu tinjauan dalam kalangan muslim di Terengganu
Authors: Ahmad Azrin Adnan
Moh Azis Arisud
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Muamalat
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Kertas kerja ini meneliti sejauh manakah patuhnya pengguna bank Islamik, khususnya individu Muslim terhadap penentu pemilihan bank yang ideal menurut Islam. Kepenggunaan adalah fitrah manusia sejagat yang mencakupi pelbagai bentuk urusan dan keperluan. Ia tidak hanya terbatas kepada urusan makan minum sahaja, tetapi juga urusan jual beli termasuklah urusan perbankan dan kewangan. Bagi individu Muslim, aktiviti kepenggunaannya tidak dapat lepas lari dari had dan etika tertentu yang berlandaskan syariat al-Quran dan as-Sunnah melalui hukum dan disiplin akhlak. Tanpanya, akan lahirlah pengguna Muslim yang berurusan dengan bank Islamik bukan kerana dorongan akidah untuk tunduk patuh kepada Allah, tetapi hanyalah sekadar mengikut ragam atau tren masa kini. Apakah wujud masyarakat Muslim yang ideal seperti yang digambarkan? Bagaimanakah realitinya di Malaysia, khususnya di Terengganu? Apakah masyarakat Terengganu yang terdedah kepada suasana pemerintahan berteraskan Islam akan bergelagat sebagaimana yang ideal menurut kerangka dan acuan Islam? Kertas kerja ini cuba menjawab segala persoalan ini dengan menumpukan perbincangan kepada dapatan tinjauan yang telah dilakukan ke atas 432 orang pengguna Muslim di seluruh Terengganu.
Pages: 37
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779069
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.