Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779006
Title: Wanita dan sukan massa
Authors: Fauziah Haji Mohd Ramly
Conference Name: Konvensyen Sukan Untuk Semua
Keywords: Wanita
Sukan massa
Sukan
Conference Date: 2003-07-14
Conference Location: Pulau Pinang
Abstract: Umum mengetahui definasi Sukan Massa (dulunya dikenali sebagai Sukan Untuk Semua) merujuk kepada "aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan dan amalan gaya hidup yang aktif dan cergas yang lebih luas bagi tujuan kesihatan dan perpaduan dan bukan semata-mata untuk pertandingan bagi mendapat pingat dan hadiah" (petikan dari Dasar Sukan Negara). Manakala Pergerakan Sukan untuk Semua (SUS) pula adalah "satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial melalui penglibatan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan" (petikan dari risalah Sukan untuk Semua terbitan Kementerian Belia dan Sukan). Jelaslah SUS merupakan usaha untuk memasyarakatkan sukan sekali gus menyeru segenap lapisan masyarakat di Malaysia tampil kehadapan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan secara berterusan sepanjang hayat kearah menjadikannya satu gaya hidup. Dalam jenis-jenis aktiviti kesukanan SUS termasuklah semua acara sukan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw sementara aktiviti kecergasan pula adalah diantaranya seperti jogging, berjalan kaki, tai chi dan rekreasi seperti mendaki, berkhemah, mengembara, dan lain-lain. Perkataan-perkataan penting yang ditekan di dalam matlamat SUS melalui konsep Malaysia Cergas ialah KESEDARAN akan pentingnya KESIHATAN yang baik dipupuk melalui PENDIDIKAN sukan yang akhirnya akan melahirkan PENYERTAAN dalam ketiga-tiga bidang sukan, rekreasi dan kecergasan.
Pages: 1-7
Call Number: GV663.M3.K66 2003 n.2
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779006
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.