Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778784
Title: Mekanisme peningkatan tekanan darah berikutan pengambilan minyak sawit dan minyak soya yang dipanaskan berulang kali
Authors: Leong Xin Fang (P45214)
Supervisor: Kamsiah Jaarin, Prof. Dr.
Mohd Rais Mustafa, Prof. Dr.
Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Cardiovascular Diseases
Hypertension
Plant Oils
Trans Fatty Acids
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 22-Mar-2017
Abstract: Pemanasan minyak sayuran secara berulang kali meningkatkan penghasilan radikal bebas. Tekanan oksidatif dihubungkaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mekanisme yang mungkin terlibat dalam peningkatan tekanan darah berikutan pengambilan minyak sawit atau minyak soya yang dipanaskan berulang kali. Seratus sepuluh ekor tikus Sprague-Dawley jantan dewasa dibahagikan kepada sebelas kumpulan. Kumpulan kawalan diberi makan diet normal dan sepuluh kumpulan yang lain diberi makan diet yang bercampur dengan 15% berat/berat minyak sawit atau minyak soya yang masing-masing dalam bentuk segar, dipanaskan satu, dua, lima atau sepuluh kali. Tempoh kajian adalah selama 24 minggu. Pemanasan minyak sawit atau minyak soya mengurangkan kandungan asid lemak tak tepu tetapi meningkatkan kandungan asid lemak tepu dan nilai peroksida. Peningkatan nilai peroksida adalah lebih tinggi bagi minyak soya berbanding dengan minyak sawit. Kedua-dua minyak sawit dan minyak soya yang dipanaskan berulang kali meningkatkan tekanan darah. Peningkatan tekanan darah adalah paling banyak bagi minyak soya yang dipanaskan sepuluh kali. Terdapat peningkatan dalam aras produk peroksidasi lipid dalam plasma pada tikus yang diberi makan minyak sawit atau minyak soya yang dipanaskan. Peratusan kenaikan tersebut adalah paling tinggi bagi minyak soya. Minyak sawit atau minyak soya yang dipanaskan berulang kali menurunkan aras nitrik oksida dan hem oksigenase-1 serta meningkatkan aras enzim penukar angiotensin dalam plasma. Peratusan penurunan atau kenaikan tersebut adalah lebih banyak bagi minyak soya berbanding dengan minyak sawit. Cecincin aorta kumpulan tikus yang diberi makan minyak sawit atau minyak soya yang dipanaskan menunjukkan pengurangan dalam relaksasi aruhan asetilkolin atau natrium nitroprusida serta peningkatan dalam kontraksi aruhan phenylephrine. Analisis mikroatur telah mengenalpasti sebanyak 219 gen yang diekspres secara berbeza dalam tisu jantung apabila membandingkan pengambilan minyak sawit yang dipanaskan sepuluh kali dengan kawalan. Analisis ontologi gen mendedahkan gen yang signifikan adalah aktif dalam struktur berlumen yang dilapisi membran seperti retikulum endoplasmik. Gen yang signifikan bagi proses biologi dan fungsi molekul yang paling diperkayakan adalah masing-masing pengawalaturan respon terhadap spesis oksigen reaktif dan aktiviti pengawalatur translasi. Analisis tapak jalan menunjukkan bahawa gen yang signifikan adalah dihubungkaitkan dengan tapak jalan pemprosesan protein dalam retikulum endoplasmik, eksport protein dan pengisyaratan faktor nuklear-kappa beta. Kesimpulannya, minyak sayuran yang dipanaskan berulang kali meningkatkan tekanan darah. Peningkatan tekanan darah disebabkan oleh vasokonstriksi. Vasokonstriksi ini mungkin disebabkan oleh penurunan aras enzim hem oksigenase-1 dan nitrik oksida selain daripada peningkatan aras enzim penukar angiotensin. Gen yang dikawalatur secara berbeza terlibat dalam tapak jalan biologi membekalkan penjelasan dari segi molekul kepada peningkatan tekanan darah. Pendekatan ini boleh mewakili strategi baru untuk menghuraikan tapak jalan yang berpotensi dan kemungkinan sebagai sasaran terapeutik dalam hipertensi.
Notes: e-tesis
Pages: 65
Call Number: QV20.5.L583m 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778784
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mekanisme peningkatan tekanan darah berikutan pengambilan minyak sawit dan minyak soya yang dipanaskan berulang kali.pdf
  Restricted Access
Partial816.95 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.