Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778408
Title: | Kesan madu gelam ke atas penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro |
Authors: | Alia Md. Yusof, Dr. (P56752) |
Supervisor: | Norzana Abd. Ghafar, Prof. Madya. Dr. Chua Kien Hui, Prof. Madya. Dr. Taty Anna Kamarudin Yasmin Anum Mohd Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Corneal Injuries Wound Healing Honey Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Feb-2016 |
Abstract: | Penggunaan madu sebagai agen penyembuhan luka pada kulit telah banyak dilaporkan. Namun, tiada kajian yang menyeluruh dilakukan ke atas penggunaannya untuk rawatan luka pada kornea. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan madu Gelam (GH) ke atas proses penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro. Keratosit kornea arnab putih New Zealand diasing dan dikultur sehingga pasaj 1. Sel dikultur di dalam medium basal (BM) dan medium diperkaya serum (BMS) yang mengandungi GH dalam kepekatan bersiri. Kepekatan GH yang optima dikenalpasti melalui proliferasi sel pada asai MTT. Morfologi sel dilihat melalui mikroskop fasa pembezaan. Fenotip keratosit dianalisa melalui ekspresi gen dengan kaedah qRT-PCR dan pengesanan protein dilakukan melalui pewarnaan imunositokimia. Kesan penyembuhan luka keratosit dilihat dengan membuat luka pada sel monolapisan yang telah konfluen dan dinilai melalui ujian migrasi sel. Ekspresi gen dan protein berkaitan penyembuhan luka seperti aldehid dehidrogenase (ALDH), vimentin, α smooth muscle actin (α–SMA), lumikan, kolagen jenis I dan matriks metaloproteinase 12 (MMP 12) diukur pada hari pertama, ketiga dan hari sel mencapai konfluen (hari kelima). Keputusan kajian menunjukkan proliferasi yang tinggi didapati pada sel yang dikultur dalam medium BMS dengan penambahan GH pada kepekatan optimum 0.0015%. Morfologi sel yang dikultur dengan medium ditambah GH juga adalah bersepadanan seperti kumpulan kawalan. Sel yang dikultur di dalam BMS bersama 0.0015% GH menunjukkan penutupan luka yang paling cepat iaitu pada hari kelima kajian. Ekspresi gen ALDH dan vimentin adalah lebih tinggi manakala ekspresi gen α–SMA pula adalah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Ekspresi gen lumikan, kolagen jenis I dan MMP 12 adalah tinggi pada sel yang dikultur dengan medium ditambah GH berbanding kawalan. Pewarnaan imunositokimia juga menunjukkan ekspresi protein yang bersepadanan dengan ekspresi gen. Kesimpulannya, GH pada kepekatan 0.0015%, mampu merangsang penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro melalui kajian proliferasi, migrasi, ekspresi gen dan protein keratosit. Keputusan kajian diharapkan menjadi pencetus dalam menggalakkan penggunaan GH sebagai satu rawatan alternatif dalam penyembuhan luka kornea pada masa akan datang. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 42 |
Call Number: | QS20.5.A398k 2016 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778408 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan madu gelam ke atas penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro.pdf Restricted Access | Partial | 666.55 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.