Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778379
Title: | Kewajaran sistem mahkamah syariah sebagai penyelesaian kes-kes kewangan Islam |
Authors: | Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi (P65994) |
Supervisor: | Ruzian Markom, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Islamic courts Islamic law Finance -- Religious aspects -- Islam Finance (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Aug-2022 |
Abstract: | Industri kewangan Islam yang dianggap masih muda berbanding konvensional telah dipolemikkan dengan isu-isu kompentensi dan kewajaran perundangan bagi mencapai keadilan kepada sebarang pertikaian. Hal ini masih diperdebat dan diperhujahkan di pelbagai peringkat memandangkan perbezaan punca kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan kewangan Islam. Isu-isu yang melibatkan agama yang berpunca daripada individu sudah pasti di bawah kuasa kerajaan negeri sebagaimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan di jadual kesembilan. Kewangan Islam memerlukan kestabilitian dalam menarik kepercayaan pelabur mahupun pengamal sehinggalah industri ini berkembang kepada produk-produk terkini kewangan Islam yang berlandaskan Syariah. Kemampuan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara diragui dalam beberapa prosiding kes yang berlaku sehinggalah Akta Kewangan Islam 2013 menjernihkan kekeruhan tersebut. Polemik ini tidak terhenti kerana masih ada lagi dapatan kajian yang menaruh kepercayaan kepada perundangan Syariah sebagai tempat yang sepatutnya dalam memutuskan kes-kes berkaitan kewangan Islam walaupun ianya telah diharmonikan melalui Majlis Penasihat Syariah. Objektif kajian ialah mengenalpasti peruntukan perundangan dan dasar kewangan Islam yang bersifat kebolehsediaan bagi membolehkan peluang mahkamah Syariah membicarakan kes-kes perbankan Islam berbanding mahkamah yang sedia ada kini. Seterusnya, menganalisis kerangka tadbir urus Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan transaksi kewangan Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif kerangka kajian menggunapakai analisis kandungan merujuk kepada Akta dan sumber perundangan yang lain. Dapatan kajian menunjukkan kekurangan pakar yang jitu dan kes-kes yang bersifat kepatuhan syarak dalam perkhidmatan dan produk kewangan Islam telah menyunyikan industri ini sehinggalah muncul wabak pandemic covid19 bermula pada tahun 2020 sehingga kini. Justeru, fungsi dan peranan pelbagai bentuk pemain industri telah diperkasakan oleh pelbagai pihak memastikan kelestarian kewangan Islam. Kajian ini juga mencadangkan komprehensif dan juga kerangka penyelesaian dalam menyiapkan Mahkamah Syariah bersedia bagi membicarakan isu-isu berkaitan dengan perbankan Islam di Malaysia. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 401 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778379 |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
FUU P65994 Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi.pdf Restricted Access | 3.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.