Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778345
Title: | Peranan jenut dalam pemuliharaan populasi dan kepelbagaian hidupan liar di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Nor Bazilah Razali (P100205) |
Supervisor: | Shukor Md Nor, Prof. Dr. |
Keywords: | Wildlife conservation Pangolins Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Aug-2023 |
Abstract: | Jenut ialah kawasan khas yang dikunjungi oleh pelbagai spesies hidupan liar termasuk daripada kumpulan mamalia, burung dan reptilia. Beberapa hipotesis telah ditetapkan untuk menjelaskan kunjungan hidupan liar ke jenut seperti mendapatkan mineral tambahan dan faedah farmakologi. Namun begitu, jenut menghadapi ancaman kerosakan dan kemusnahan akibat aktiviti pembalakan yang berleluasa. Seterusnya, pengurusan hutan tidak menitikberatkan keperluan pemuliharaan hidupan liar dan jenut serta tiada inisiatif untuk mengembalikan nilai pemuliharaan di kawasan tersebut. Sehubungan itu, matlamat utama kajian ini adalah menentukan sama ada jenut tiruan mempunyai fungsi sama seperti jenut asli dan peranannya di hutan terlindung dan hutan yang telah diterokai. Kajian ini dibahagikan kepada lima objektif khusus iaitu penilaian ciri fizikal jenut asli dan tiruan, penilaian ciri kimia jenut asli dan tiruan, pendokumenan pengguna dan pengunjung jenut daripada kumpulan hidupan liar menggunakan kaedah perangkap kamera, penilaian kunjungan hidupan liar mengikut jenis jenut dan habitat dan penentuan faktor mempengaruhi kunjungan hidupan liar ke jenut. Kajian ini telah dijalankan bermula Disember 2018 hingga Mac 2020 di tiga rizab iaitu Taman Negeri Royal Belum, Perak, Rizab Hidupan Liar Krau, Pahang dan Hutan Simpan Tembat, Terengganu di Semenanjung Malaysia. Kawasan kajian telah dilawati setiap tiga bulan untuk pengutipan sampel dan penyelenggaraan perangkap kamera. Penilaian ciri fizikal jenut mendapati jenut asli bersifat pelbagai termasuk altitud, keluasan dan kedalaman takungan, kecerunan, komposisi vegetasi dan tekstur tanah. Ciri fizikal jenut tiruan pula bergantung kepada pemilihan kawasan oleh manusia. Keluasan dan kedalaman takungan terutamanya jenut tiruan berubah dipengaruhi oleh tekanan ragutan. Komposisi kimia jenut tiruan umumnya sama seperti jenut asli di mana pH air dan tanah jenut rendah namun, kepekatan mineral jenut tiruan lebih tinggi dan konsisten terutamanya natrium berbanding jenut asli. Kepekatan natrium yang tinggi di jenut asli dipengaruhi oleh cuaca, kecerunan, proses luluhawa dan penyataan jisim. Hidupan liar yang mengunjungi jenut terdiri daripada dua kumpulan iaitu pengguna dan pengunjung yang masing-masing dalam kategori pemakanan perseikatan yang pelbagai. Karnivor juga menggunakan jenut untuk tujuan yang sama seperti pengguna daripada pemakan perseikatan yang lain. Kajian ini menekankan jenut bukan sahaja sumber penting untuk pengguna jenut, malah ia penting untuk pengunjung sebagai kawasan memburu. Pemilihan dan penggunaan jenut oleh hidupan liar adalah berlainan untuk setiap spesies bergantung kepada keperluan dan strategi pemakanan. Jenut tiruan didapati berfungsi sama seperti jenut asli sebagai sumber mineral tambahan terutamanya di hutan sekunder manakala peranan jenut tiruan di hutan primer adalah pelengkap jenut asli. Burung memainkan peranan dalam menyumbangkan kekayaan dan kepelbagaian spesies di jenut asli dan jenut tiruan. Hidupan liar yang direkodkan di jenut tiruan hutan sekunder didapati sama di hutan primer walaupun kekayaan spesies jenut tiruan hutan sekunder tidak setinggi di hutan primer. Faktor yang mempengaruhi kunjungan hidupan liar ialah bilangan individu pokok sekitar jenut, diikuti peratusan pasir dalam tanah jenut, jarak jenut dengan sungai dan kepekatan natrium tanah. Kesemua faktor ini dikaitkan dengan strategi pemakanan hidupan liar yang boleh dipertimbangkan dalam reka bentuk dan pembinaan jenut tiruan. Maklumat kajian ini akan membantu dan menambahbaik dalam urusan memulihara dan menguruskan populasi hidupan liar terutamanya di habitat yang terdegradasi. |
Pages: | 252 |
Call Number: | QL82.N637 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778345 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan jenut dalam pemuliharaan populasi dan kepelbagaian hidupan liar di Semenanjung Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 2.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.