Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778321
Title: Kitar hidup, keupayaan muatan debunga, kecenderungan pemilihan pemangsaan dan jangkitan Wolbachia (Rickettsiales: anaplasmataceae) terhadap Elaeidobius kamerunicus (Coleoptera: curculionidae) di ladang sawit Malaysia
Authors: Muhammad Luqman Hakim Azhari (P84024)
Supervisor: Izfa Riza Hazmi, Dr.
Idris Abdul Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Elaeidobius kamerunicus
Wolbachia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2020
Abstract: Elaeidobius kamerunicus (Coleoptera: Curculionidae) merupakan kumbang pendebunga utama sawit di Malaysia. Keberkesanan kumbang ini sebagai pendebungan sawit adalah sangat penting bagi memastikan hasil sawit kekal optimum. Justeru itu, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kumbang ini dalam pendebungaan sawit adalah sangat penting untuk dikenalpasti. Kajian ini dijalankan adalah untuk 1) menentukan kitar hidup, kadar perkembangan, jangka hayat, bilangan progeni dan nisbah jantina kumbang Elaeidobius kamerunicus dari dua populasi yang berbeza (tanah gambut dan mineral), 2) mengukur keupayaan muatan debunga dan kebernasan debunga pada E. kamerunicus di ladang MPOB Chuping, Jerantut, Keratong dan Teluk Intan 3) mengenalpasti kecenderungan pemilihan pemangsaan Cosmolestes picticeps dan Velinus sp. pada E. kamerunicus dan 4) mengesan kehadiran dan mencirikan strain Wolbachia pada kumbang Elaeidobius kamerunicus dan menentukan hubungan filogenetik Wolbachia yang menjangkiti kumbang pendebunga sawit. Persampelan kumbang E. kamerunicus telah dijalankan di beberapa ladang sawit di Malaysia, ie. Ladang MPOB Chuping, Jerantut, Keratong, Teluk Intan, Sessang, FELDA Sahabat Sabah dan UPM, Serdang. Kerja-kerja makmal telah di jalankan di Makmal Entomologi, Pusat Sistematik Serangga UKM dan makmal Entomologi, MPOB Bangi. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (P > 0.05) bagi tempoh perkembangan, jangka hayat dan kesuburan E. kamerunicus bagi kedua-dua populasi dari tanah gambut dan mineral. Bagi kadar perkembangan, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan perbezaan yang signifikan (P < 0.05) ie. lebar telur, lebar larva I, lebar, panjang dan ukuran kapsul kepala larva II dan larva III, lebar, panjang dan panjang kapsul kepala pupa. Nisbah jantina E. kamerunicus menunjukkan perbezaan yang signifikan (P < 0.05) antara populasi. Hasil ANOVA dua hala bagi keupayaan muatan debunga (102) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan mengikut lokasi yang dikaji (F = 54.43, df = 3, P < 0.05). Keupayaan muatan debunga E. kamerunicus adalah berkadar songsang dengan kepadatan populasi per spikelet. Korelasi positif, r = 0.273 (jantan) dan r = 0.302 (betina) dan signifikan (P < 0.05) antara keupayaan muatan debunga dan luas permukaan E. kamerunicus telah dikenalpasti. Bagi kebernasan debunga, jantina E. kamerunicus dan jenis bahan tanaman sawit mempengaruhi peratus kebernasan debunga yang bercambah. Hasil kajian kecenderungan pemilihan pemangsaan menunjukkan kecenderungan C. picticeps (43:7) dan Velinus sp. (42:8) terhadap E. kamerunicus berbanding M. plana. Nilai purata E. kamerunicus yang dimakan oleh betina pemangsa C. picticeps dan Velinus sp. adalah lebih tinggi berbanding dengan jantan. Ujian T-dua sampel menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P < 0.05) pada jumlah tersebut. Kehadiran Wolbachia telah berjaya direkodkan buat pertama kalinya dalam kajian ini. Sebanyak lima sampel (16.6%) kumbang E. kamerunicus telah dikenalpasti dijangkiti oleh Wolbachia. Strain wolbachia yang dikenalpasti terdapat pada kumbang E. kamerunicus yang dijangkiti ialah wK2, wK4, wK5, wS2 dan wS5. Pohon filogeni menunjukkan kesemua strain Wolbachia yang menjangkiti E. kamerunicus berada dalam klad yang sama dengan Eurema mandarina. Berdasarkan laporan awal, strain ini boleh menyebabkan kesan feminisasi pada organisma yang dijangkiti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan keberkesanan kumbang E. kamerunicus sebagai pendebunga sawit di Malaysia adalah masih relevan dan efisien.
Pages: 180
Call Number: SF562.E43M834 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778321
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.