Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778314
Title: | Hubungan kreativiti, inovasi organisasi dan proses inovasi sebagai pengantara dengan prestasi agensi sektor awam |
Authors: | Saharah Sapiyi (P95701) |
Supervisor: | Nur Riza Mohd Suradi, Prof. Madya Dr. Zainol Haji Mustafa, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Organizational effectiveness Organizational change Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Aug-2023 |
Abstract: | Cabaran globalisasi yang melanda negara di dunia mendesak agar sektor awamnya berani mendepani dan menyesuaikan diri dengan perubahan agar kekal relevan. Kejayaan mengadaptasi kepada perubahan ini akan menentukan kekukuhan prestasi dan kedudukan sektor awam dalam penarafan dunia. Dalam konteks sektor awam negara, sungguhpun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi memastikan prestasi agensi-agensinya sentiasa berada pada kedudukan cemerlang, namun tekanan ekoran cabaran globalisasi memberi kesan kepada prestasi sektor awam sehinggakan sukar melonjakkan diri dari trend menurun. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan tahap kreativiti individu, kreativiti pasukan, inovasi organisasi, proses inovasi dan prestasi organisasi (prestasi inovasi, prestasi operasi dan prestasi kewangan) sektor awam. Selain itu, kajian ini membandingkan kesemua tahap ini berdasarkan penyertaan penjawat awam dalam pasukan kreativiti dan inovasi. Kajian ini juga menentukan pengaruh atau kesan faktor-faktor kreativiti individu, kreativiti pasukan dan inovasi organisasi terhadap prestasi agensi sektor awam di Malaysia dan kesan faktor pengantara proses inovasi dalam hubungan inovasi dan prestasi. Sampel kajian terdiri daripada 389 penjawat awam kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang pernah terlibat dalam pasukan kreativiti dan inovasi yang berkhidmat di 27 kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur diperoleh melalui pensampelan rawak berstrata. Pengumpulan borang soal selidik dijalankan secara dalam talian dan edaran salinan keras. Analisis deskriptif mendapati majoriti penjawat awam mempunyai tahap yang tinggi bagi kreativiti individu, kreativiti pasukan, inovasi organisasi, proses inovasi dan prestasi organisasi. Analisis Pemodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Terkecil Separa dijalankan bagi menentukan hubungan antara kreativiti individu, kreativiti pasukan, inovasi organisasi, proses inovasi dan prestasi organisasi. Kajian mendapati wujud pengaruh signifikan bagi kreativiti pasukan terhadap inovasi organisasi, inovasi organisasi terhadap proses inovasi dan proses inovasi terhadap prestasi organisasi. Namun, pengaruh kreativiti individu terhadap inovasi organisasi dan selanjutnya inovasi organisasi terhadap prestasi organisasi didapati tidak signifikan. Seterusnya analisis kesan pengantara proses inovasi ke atas hubungan antara inovasi organisasi dengan prestasi organisasi menunjukkan proses inovasi berperanan sebagai pengantara yang signifikan. Dalam erti kata lain, inovasi organisasi tidak memberi kesan kepada prestasi organisasi secara langsung, tetapi memberi kesan kepada prestasi organisasi secara tidak langsung melalui proses inovasi yang bertindak sebagai pengantara penuh. Kajian ini memberi sumbangan terhadap disiplin ilmu kreativiti, inovasi dan prestasi organisasi yang bakal memberi implikasi dari segi dasar berkaitan kreativiti dan inovasi sebagai penggalak kepada peningkatan prestasi serta beberapa implikasi lain. Selanjutnya, beberapa cadangan digariskan terhadap dasar dan amalan ke arah meningkatkan lagi tahap kreativiti, inovasi dan prestasi agensi sektor awam agar kedudukan sektor awam negara dalam penarafan terus meningkat. |
Pages: | 321 |
Call Number: | HD58.9.S234 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778314 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hubungan kreativiti, inovasi organisasi dan proses inovasi sebagai pengantara dengan prestasi agensi sektor awam.pdf Restricted Access | Partial | 641.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.