Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778189
Title: Perubahan adat dan ritual dalam adat kematian masyarakat Bajau Sama di Sabah
Authors: Nordiana Mosum (P94098)
Supervisor: Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Dr.
Keywords: Ethnology -- Malaysia
Manners and customs
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jul-2023
Abstract: Kajian ini dilakukan bagi memperlihatkan perubahan adat dan ritual dalam adat kematian etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah seiring kemajuan dunia pada hari ini tanpa disedari telah memberikan kesan terhadap praktis dan pelestariannya. Hakikatnya, adat kematian etnik Bajau Sama mempunyai signifikan, relevansi makna dan fungsi ritual dalam pelaksanaannya, namun jika fenomena ini berterusan sudah pasti akan menjejaskan identiti etnik Bajau Sama. Objektif kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan yang berlaku dalam adat kematian etnik Bajau Sama. Bersandarkan keperluan kajian ini, Teori Perubahan Sosial gagasan Wilbert E. Moore dijadikan sebagai panduan dalam menyokong penilaian serta mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi yang amat bersesuaian dengan menelusuri kronologi adat dan ritual kematian etnik Bajau Sama yang rencam. Pendekatan etnografi menggunakan kaedah kajian lapangan seperti teknik pemerhatian, ikut serta dan temu bual informan yang arif soal adat istiadat etnik Bajau Sama. Seiringan dengan itu, kajian ini juga disokong dengan data-data sekunder menerusi kajian kepustakaan. Hasil dapatan kajian mendapati perubahan jangka masa panjang yang berlaku tidak memberi kesan kepada identiti dan jati diri etnik Bajau Sama. Manifestasi citra budaya pengamalnya tidak terpengaruh secara total oleh revolusi sosial, akulturasi dan penyesuaian persekitaran yang menuntut etnik Bajau Sama ke arah syiar Islam yang mutakhir. Etnik Bajau Sama memperlihatkan masih berpegang teguh pada adat walaupun telah berlaku perubahan. Senario ini memacu kotak pemikiran mereka melakukan penyesuaian dan keperluan berlandaskan syiar Islam serta pembinaan tamadun bangsa yang seiring dengan arus kemodenan. Sumbangan kajian ini diharap dapat memacu penyebaran ilmu kepada generasi muda bagi memartabatkan adat istiadat etnik Bajau Sama agar selari dengan perubahan zaman. Di samping itu, kajian ini menjadi serampang dua mata sebagai wadah memperkenalkan warisan budaya dan kebitaraan nenek moyang yang seharusnya diangkat kerana keunggulan dan perubahannya berupaya membentuk etnik Bajau Sama dinamik dengan pemikiran kritis dan keterhadapan.
Pages: 250
Call Number: GN316.N637 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778189
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perubahan adat dan ritual dalam adat kematian masyarakat Bajau Sama di Sabah.pdf
  Restricted Access
Full-text6.64 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.