Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778187
Title: | Keberkesanan kaedah Nooraniah terhadap pengajaran sebutan huruf itqab dalam kalangan murid prasekolah |
Authors: | Dzulkarnain Mohamad Mokhtar (P113533) |
Supervisor: | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. |
Keywords: | Phonetics Early childhood education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Apr-2024 |
Abstract: | Tujuan kajian adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan kaedah Nooraniah untuk meningkatkan pencapaian kemahiran sebutan konsonan Arab dalam kalangan murid prasekolah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam pembelajaran sebutan huruf Itbaq menggunakan kaedah Nooraniah dan konvensional dengan cara mengenal pasti perbezaan min pencapaian antara kumpulan bagi pembelajaran sebutan huruf Itbaq dalam ujian pasca. Peserta kajian terdiri daripada 50 orang murid prasekolah yang berumur enam tahun dan dijalankan di dua buah sekolah di Putrajaya. Penyelidikan ini dijalankan secara eksperimental dan alat kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca untuk menguji tahap kefasihan murid. Analisis data menggunakan secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Science v28 (SPSS). Statistik deskriptif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam pembelajaran sebutan menggunakan kaedah Nooraniah dan konvensional. Ujian-t digunakan untuk menunjukkan perbezaan signifikan dalam pencapaian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Keputusan kajian menunjukkan tahap sebutan murid dalam pembelajaran huruf Itbaq pada tahap tinggi berbanding konvensional iaitu (min=3.74, SP=0.553) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (min=2.616, SP=0.335). Manakala ujian t bebas pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu (t (48)=-8.753;p<0.05). Kesimpulannya, guru bahasa Arab disarankan untuk melaksanakan kaedah Nooraniah dalam latihan sebutan sebagai salah satu strategi pengajaran terutama pada pembelajaran sebutan huruf Itbaq. |
Pages: | 156 |
Call Number: | P221.D948 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778187 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Keberkesanan kaedah Nooraniah terhadap pengajaran sebutan huruf itbaq dalam kalangan murid prasekolah.pdf Restricted Access | Full-text | 2.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.