Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778184
Title: Pengaruh perantara literasi vuca dalam hubungan kesediaan kerjaya dengan tingkah laku keusahawanan dan penerokaan kerjaya pada pelajar universiti
Authors: Patin Nabilla (P118295)
Supervisor: Sheerad Sahid, Dr.
Keywords: Vocational guidance
Entrepreneurship
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Apr-2024
Abstract: Kesediaan kerjaya merujuk kepada tingkat keupayaan individu untuk memasuki dunia pekerjaan. Kesulitan dalam mencari pekerjaan, penyesuaian diri dalam pekerjaan baru, atau transisi kerjaya yang diminati menjadi cabaran yang dihadapi pada masa kini. Justeru, kajian ini bertujuan menguji kesan regresi kemahiran kesediaan kerjaya terhadap tingkah laku keusahawanan dan penerokaan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini juga turut menguji kesan perantara literasi VUCA dalam hubungan antara kemahiran kesediaan kerjaya terhadap tingkah laku keusahawanan dan penerokaan kerjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan borang soal selidik. Sampel terdiri daripada 380 responden yang di kutip secara atas talian menggunakan pelantar jotform. Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan analisis regresi. Manakala pengujian kesan perantara di uji menggunakan kaedah PROCESS v4.0 oleh Andrew F. Hayes untuk melihat kesan perantara Literasi VUCA kepada tingkah laku kusahawanan dan penerokaan kerjaya. Dapatan kajian menunjukan kemahiran kesediaan kerjaya mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tingkah laku keusahawanan dan penerokaan kerjaya. Dapatan kajian juga menunjukan literasi VUCA mengantara hubungan antara kesediaan kerjaya dengan tingkah laku keusahawana dan penerokaan kerjaya. Kajian ini menyumbang dalam bidang ilmu dan praktis dengan mencadangkan model tingkah laku keusahawanan dan penerokaan kerjaya dengan melibatkan pembolehubah literasi VUCA. Kajian akan datang di cadangkan untuk melihat kepada faktor-faktor luaran atau faktor persekitaran pelajar mengenai literasi VUCA yang mungkin akan membantu meningkatkan tingkah laku keusahawanan terhadap penerokaan kerjaya dan tingkah laku keusahawanan, bukan hanya di kalangan pelajar universiti tetapi di kalangan graduan.
Pages: 154
Call Number: HF5381.P338 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778184
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.