Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778183
Title: Amalan guru prasekolah dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti bebas
Authors: Norliyana Nordin (P113408)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Education, Preschool
Activity programs in education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Apr-2024
Abstract: Aktiviti main bebas merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam komponen aktiviti luar seperti yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Tujuan utama aktiviti main bebas adalah untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid. Pelaksanaan aktiviti main bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan tentang apa, bila dan bagaimana untuk bermain. Murid juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan mereka semasa bermain. Kajian ini bertujuan meneroka perancangan dan pelaksanaan guru dalam melaksanakan aktiviti main bebas di kelas prasekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Kajian ini dijalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan teknik persampelan bertujuan telah digunakan dalam proses pemilihan peserta kajian. Seramai empat orang guru prasekolah telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan dalam proses pengumpulan data yang berjalan selama empat bulan. Data yang telah dikumpulkan dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian NVIVO 12. Dapatan kajian mendapati, guru prasekolah mempunyai pengetahuan mengenai kandungan kurikulum prasekolah dan pedagogi. Kajian juga mendapati terdapat beberapa kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam perancangan aktiviti main bebas iaitu aspek persekitaran pembelajaran serta persediaan bahan dan alatan. Selain itu, hasil kajian turut mendapati guru prasekolah perlu membuat perancangan awal bagi mengenal pasti kemahiran sedia ada kanak-kanak. Disamping itu, kajian turut mendapati terdapat beberapa kekangan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti main bebas iaitu peruntukan masa yang tidak memadai dengan aktivti dan pengurusan pelaksanaan aktiviti main bebas itu sendiri. Oleh kerana pelaksanaan aktiviti main bebas merupakan penyumbang kepada domain perkembangan serta meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk lebih bersedia dengan pembelajaran seterusnya maka wajar dirancang dan dilaksanakan dengan baik agar dapat memberikan kesan yang bermakna dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Justeru, adalah penting untuk merancang dan melaksanakan aktiviti main bebas dengan teliti kerana ia memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada perkembangan kanak-kanak selain meningkatkan motivasi mereka untuk belajar serta memperkukuhkan lagi keinginan mereka untuk bersedia bagi pembelajaran seterusnya.
Pages: 194
Call Number: LB1140.2.N637 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778183
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan guru prasekolah dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti main bebas.pdf
  Restricted Access
Full-text2.85 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.