Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778163
Title: | Mediasi dalam pengurusan konflik agama menurut pandangan pemimpin Islam di Malaysia |
Authors: | Siti Fatimah Ishak (P110078) |
Supervisor: | Nur Farhana Abdul Rahman, Dr. |
Keywords: | Mediation -- Religious aspects -- Islam Conflict management -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-May-2024 |
Abstract: | Kepelbagaian agama merupakan lumrah yang telah diciptakan namun kepelbagaian tersebut juga boleh membawa kepada konflik disebabkan oleh ragam penganut agama. Terdapat pelbagai kaedah bagi menguruskan konflik agama seperti kaedah penyelesaian melalui mahkamah atau penyelesaian melalui kaedah alternatif. Namun, kajian ini memfokuskan pendekatan alternatif melalui kaedah mediasi kerana dalam konteks Malaysia penggunaan mahkamah banyak digunakan dalam menguruskan konflik. Sebagai contoh, isu hak penjagaan anak oleh ibu atau bapa yang memeluk agama Islam yang telah dibuat di mahkamah Tinggi akan menyebabkan pertindihan kuasa antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Malah, ada sebahagian isu yang sering kali didakwa mengambil tempoh masa yang lama atau kembali berulang ulang disebabkan oleh kaedah atau cara penyelesaian yang kurang sesuai. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat salah satu daripada pendekatan alternatif dalam pengurusan konflik agama iaitu mediasi. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep, menganalisis keperluan, syarat dan proses serta cabaran dan cadangan pelaksanaan mediasi sebagai medium pengurusan konflik agama di Malaysia menurut pandangan pemimpin agama Islam, agensi dan NGO Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analis kajian kepustakaan dan kaedah temu bual terhadap lima orang pemimpin agama, dua agensi dan tiga NGO Islam yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan mediasi agama di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian didapati bahawa penggunaan mediasi merupakan satu keperluan untuk dilaksanakan di Malaysia dalam menguruskan konflik agama dengan merujuk kepada faktor-faktor keperluannya seperti faktor provokasi, faktor salah faham dan sebagainya. Di samping itu, terdapat syarat-syarat terhadap pelaksanaan mediasi dari segi syarat terhadap isu yang sesuai untuk menggunakan mediasi, syarat terhadap mediator serta syarat terhadap pelanggan yang boleh dijadikan panduan bagi melaksanakan kaedah ini agar ia dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, terdapat cabaran serta cadangan penambahbaikan yang didapati boleh memperkasakan penggunaan mediasi dalam menguruskan konflik agama di Malaysia. Pengkaji berharap agar kajian ini mampu untuk menjadi rujukan bagi pihak yang berwajib dalam memperkasakan mediasi di Malaysia serta dapat mengubah sudut pandang masyarakat mengenai pendekatan mediasi. |
Pages: | 131 |
Call Number: | HM1126.S568 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778163 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Mediasi dalam pengurusan konflik agama menurut pandangan pemimpin Islam di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 1.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.