Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778160
Title: | Hermeneutik dan isu-isu gender: perbandingan penggunaannya dalam feminis Kristian dan Muslim |
Authors: | Nik Zeenat Shabana Azhar (P97796) |
Supervisor: | Indriaty Ismail, Dr. |
Keywords: | Hermeneutics -- Religious aspects -- Islam Hermeneutics -- Religious aspects -- Christianity Feminism -- Religious aspects -- Islam Feminism -- Religious aspects -- Christianity Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Jun-2024 |
Abstract: | Kajian mendapati bahawa terdapat penggunaan metodologi hermeneutik dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang melibatkan isu genderisme. Metodologi hermeneutik pada awalnya merupakan wasilah yang digunakan dalam menterjemahkan teks Bible. Kemudian, pendekatan tersebut telah digunakan oleh kebanyakan Modenis Muslim sebagai cara untuk membebaskan manusia daripada berterusan terikat dan dibelenggu dengan ketetapan hukum agama dan juga budaya pada masa lampau. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep feminisme dan tafsiran hermeneutik dalam isu gender yang digunakan oleh feminisme Kristian dan Muslim, mengenal pasti isu dalam pentafsiran hermeneutik serta menganalisis kesan tafsiran hermeneutik yang dilakukan oleh feminisme Kristian dan Muslim terhadap teks agama. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen dan kajian perbandingan sebagai kaedah pengumpulan data untuk dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi hermeneutik sering digunakan dalam memberi nilai dan nafas baharu kepada tafsiran yang dilakukan oleh pentafsir terdahulu yang dianggap sebagai tafsiran yang terikat dengan agama dan jumud. Dengan adanya kaedah baharu dalam pentafsiran, kaum wanita tidak lagi terkurung dengan pelbagai diskriminasi yang telah menafikan pelbagai keistimewaan ke atas mereka. Kajian ini turut mengemukakan pandangan bahawa hermeneutik bukan suatu metode tafsir yang boleh digunapakai ke atas semua teks agama terutamanya al-Quran kerana ia boleh mendorong kepada kesalahfahaman umat Islam terhadap ajaran agama Islam yang sebenar serta menolak segala usaha yang telah dimurnikan oleh para ulama pentafsir terdahulu. |
Notes: | Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah'' |
Pages: | 134 |
Call Number: | BP130.2.N535 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778160 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hermeneutik dan isu-isu gender perbandingan penggunaannya dalam feminis Kristian dan Muslim.pdf Restricted Access | Partial | 569.4 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.