Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778157
Title: Pendekatan solusi dua negara menurut Siyasah Shar'iyyah
Authors: Mohamad Ridhuan Mohd Zawawi (P121841)
Supervisor: Anwar Fakhri Omar
Keywords: Islam and state
Arab-Israeli conflict -- Peace
Palestine -- Politics and government
Israel -- Politics and government
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jun-2024
Abstract: Solusi Dua Negara adalah solusi yang telah lama diperkenalkan bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel serta disokong oleh kebanyakan pemimpin negara Islam. Namun begitu, pendirian menyokong solusi tersebut dilihat bercanggah dengan nas wahyu. Di samping itu, meskipun banyak fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan isu Palestin, namun belum ada fatwa yang membincangkan tentang isu Solusi Dua Negara ini menurut Siyāsah Shar‘iyyah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan ulama Islam kontemporari terhadap Solusi Dua Negara, mengkaji sandaran dalil dan hujah yang menjadi pegangan ulama Islam kontemporari tersebut dan menganalisis hukum Solusi Dua Negara menurut Siyāsah Shar‘iyyah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan temu bual mendalam separa struktur dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Data daripada kedua-dua kaedah tersebut telah dianalisis menggunakan perisian NVivo 12 Plus secara tematik, perbandingan dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat percanggahan dalam kalangan ulama Islam kontemporari pada menerima solusi ini. Walaupun solusi ini ditolak oleh sebahagian besar daripada mereka, tetapi terdapat juga beberapa orang ulama Islam yang menerimanya. Pada pandangan mereka, diplomasi adalah cara yang paling efektif bagi menamatkan konflik di Timur Tengah. Kajian ini juga mendapati bahawa Solusi Dua Negara ini adalah bercanggah dengan Siyāsah Shar‘iyyah. Kajian ini telah memberi implikasi kepada negara dan masyarakat dengan menyingkap realiti sebenar Solusi Dua Negara, keburukannya terhadap rakyat Palestin dan memahami pandangan ulama Islam kontemporari berkaitan isu ini. Cadangan kajian agar negara Islam mengkaji semula dasar luar negara yang menyokong solusi ini, penglibatan ulama Islam dalam proses membuat dasar luar negara dan penubuhan lebih banyak media-media Islam.
Notes: Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah''
Pages: 114
Call Number: BP173.6.M8337 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778157
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan solusi dua negara menurut Siyasah Sharʻiyyah.pdf
  Restricted Access
Partial773.59 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.