Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777979
Title: Amalan pertanian baik dan kecekapan teknik pekebun kecil persendirian terhadap produktiviti tanaman sawit di Malaysia
Authors: Nurul Atiqah Mohd Suib (P109775)
Supervisor: Norlida Hanim Mohd Salleh, Prof . Madya Dr.
Rozilee Asid, Dr.
Shahida Shahimi, Prof. Madya Dr.
Norshamliza Chamhuri, Dr.
Keywords: Agriculture
Palm oil
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Sep-2023
Abstract: Amalan Pertanian Baik (APB) adalah satu set amalan pengurusan pertanian yang digunakan di peringkat ladang dan pasca pengeluaran untuk menghasilkan produk dan makanan yang selamat serta berkualiti, disamping meningkatkan produktiviti. APB telah dilaksana oleh pekebun kecil persendirian (PKP) sebelum pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) diperkenalkan. Menyedari kepentingan APB iaitu memelihara alam sekitar dan meningkatkan pengeluaran buah tandan segar (BTS), APB menjadi komponen utama dalam MSPO. Pengenalan MSPO telah berjaya menangani masalah alam sekitar yang dihadapi oleh industri sawit, namun tidak kepada pengeluaran BTS khususnya PKP yang dilihat mengalami turun naik dalam tempoh sebelum dan selepas MSPO. Tambahan, pengeluarannya jauh dibawah tahap maksima iaitu 30t/ha/thn-40t/ha/thn. Oleh itu, pengukuran tahap pelaksanaan APB oleh PKP selepas MSPO dikuatkuasa menggunakan analisis deskriptif min dilakukan. Kajian turut mengenal pasti pengaruh APB ke atas hubungan antara input dan pengeluran BTS melalui analisis Pemodelan Persamaan Struktural (SEM). Bagi tujuan pengukuran tersebut, kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 564 responden dipilih daripada 129,307 PKP berdasarkan persampelan bertujuan (PS) merangkumi 162 Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati tahap pelaksanaan APB oleh PKP selepas memperoleh MSPO berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai purata 4.35 (87.03%). Pada tahap ini APB adalah signifikan dalam mempengaruhi pengeluaran BTS sebagai penyederhana yang mana APB mesti dilaksanakan bersama dengan input pertanian lain iaitu buruh bagi meningkatkan pengeluaran BTS. Data yang sama digunakan dalam analisis Perbatasan Meta Stokastik (SMFA) bagi mengenal pasti pengaruh APB dan input lain kepada ketidakcekapan pengeluaran BTS oleh PKP mengikut jenis tanah. Kemudian, analisis yang sama digunakan dalam membandingkan kecekapan teknik (TE), nisbah jurang teknologi (TGR) dan kecekapan meta teknik (MTE) antara semua jenis tanah bagi PKP. Hasil kajian mendapati pemboleh ubah pengalaman, APB, menuai dan subsidi adalah positif dalam meningkatkan kecekapan PKP. Keputusan juga menunjukkan kecekapan teknik oleh PKP di tanah gambut adalah lebih tinggi dengan 0.8660 berbanding PKP di jenis tanah lain dalam pengurusan sawit di Malaysia. Maka, sebagai implikasi kepada kajian, APB perlulah dilakukan dengan baik secara berterusan khususnya di tanah pedalaman yang menunjukkan nilai MTE yang terendah. Selain itu, pemegang taruh haruslah memberi latihan kepada PKP dan buruh secara berkala bagi meningkatkan tahap pengetahuan (pengalaman) PKP berkaitan pengurusan ladang disamping memastikan isu berkaitan tuaian dapat diselesaikan. Pemberian subsidi juga haruslah diteruskan oleh kerajaan yang mana dilakukan secara bersasar melalui pengurangan harga.
Pages: 222
Call Number: S495.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pertanian baik dan kecekapan teknik pekebun kecil persendirian terhadap produktiviti tanaman sawit di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.62 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.