Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777973
Title: Potensi penggunaan teknologi blockchain untuk mengatasi cabaran akauntabiliti dan ketulusan dalam sistem maklumat pengurusan wakaf di universiti awam Malaysia
Authors: Norlaila Mazura Mohaiyadin (P104072)
Supervisor: Aini Aman, Prof. Dr.
Keywords: Waqf
Blockchains (Databases)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Feb-2024
Abstract: Kajian berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh institusi wakaf di Malaysia sering kali dibincangkan, namun terhad kepada Majlis Agama Islam Negeri dan kurang penumpuan kepada pengajian tinggi, khususnya cabaran akauntabiliti dan ketelusan dalam sistem maklumat pengurusan wakaf dan perlu dikaji dengan lebih mendalam. Teknologi Blockchain dikatakan sesuai kerana melibatkan ramai pemegang taruh. Justeru, objektif kajian ini dijalankan untuk menerangkan bagaimanakah penggunaan teknologi Blockchain boleh mengatasi cabaran akauntabiliti dan ketelusan dalam sistem maklumat pengurusan wakaf di universiti awam Malaysia dengan menggunakan logik institusi agama. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan pendekatan kajian kes penafsiran. Dalam elemen koersif, dapatan kajian menunjukkan teknologi Blockchain mempunyai rangkaian individu dan penjanaan nombor siri resit melalui kontrak pintar untuk mengatasi cabaran akauntabiliti dalam pengeluaran resit berdasarkan logik Khalifah Allah; teknologi Blockchain mewujudkan kepercayaan untuk mengatasi cabaran keputusan pelaburan berdasarkan logik Pematuhan Syariah; dan teknologi Blockchain mempunyai jalinan peer to peer untuk mengatasi cabaran ketelusan dalam pengisytiharan maklumat oleh mauwquf alaihi berdasarkan logik Ihsan. Dalam elemen normatif, dapatan kajian menunjukkan perkongsian data, kebolehkesanan suatu transaksi, dan kecepatan penghantaran data dalam teknologi Blockchain boleh mengatasi cabaran ketelusan dalam maklumat agihan berdasarkan logik Ihsan; dan kesesuaian fungsi pengaturcaraan melalui kontrak pintar dalam teknologi Blockchain boleh mengatasi cabaran ketelusan maklumat dalam sistem berdasarkan logik Pematuhan Syariah, Sighah, & Barakah. Dalam elemen mimetik, dapatan kajian menunjukkan kecepatan penghantaran data dalam ‘masa nyata’; data tidak boleh diubah selagi tiada pengesahan; kebenaran mengakses, menjana, dan mengesan laporan kewangan; dan kecepatan proses dalam teknologi Blockchain boleh mengatasi cabaran akauntabiliti dalam kutipan, pengawalan aktiviti wakaf, laporan kewangan, dan agihan berdasarkan logik Khalifah Allah. Secara teori, kajian ini menyumbang kepada empat perkembangan; literatur semasa, teori institusi, logik institusi agama Islam, dan kajian kes penafsiran. Secara praktikal, kajian ini menyumbang kepada pemahaman mengenai penggunaan teknologi Blockchain dalam meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan serta amalan terbaik untuk mekanisme akauntabiliti dan ketelusan melalui teknologi.
Pages: 302
Call Number: BP170.25.N6378 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.