Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777964
Title: | Analisa proses pembuktian matematik bersistematik dan terarah |
Authors: | Nurul Ashikin Abdul Rahman (P94243) |
Supervisor: | Fatimah Abdul Razak, Dr. Syahida Che Dzul-Kifli, Dr. |
Keywords: | Mathematical analysis Mathematics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-May-2020 |
Abstract: | Pembuktian matematik merupakan suatu bidang penyelidikan yang aktif dibincangkan bagi penyelidik sama ada dari dalam mahupun luar negara. Secara amnya, pembuktian matematik adalah proses dan kemampuan pelajar bagi menunjukkan ketepatan suatu penyataan matematik seperti teorem, idea saintifik atau alkhawarizmi. Walau bagaimanapun, pelajar sering mendapati pembuktian matematik merupakan proses yang mencabar hatta tidak dapat menulis ayat pertama pun dalam pembuktian. Oleh itu, satu analisa kesalahan kesalahan pembuktian oleh pelajar matematik di Jabatan Sains Matematik (JSM) dikenal pasti sebelum membuat sebarang penilaian mengenai kesukaran pembuktian matematik. Kajian diteruskan dengan analisa proses pembuktian matematik bersistematik dan terarah yang bertujuan untuk mengurangkan kesalahan kesalahan yang timbul pada penganalisisan pertama. Analisa proses pembuktian matematik ini merangkumi keseluruhan proses pembuktian yang bermula dengan pemahaman soalan pembuktian, merangka jalan kerja pembuktian matematik dan diakhiri dengan penulisan pembuktian matematik yang lengkap. Akhirnya, kegunaan analisa proses pembuktian matematik ini diteliti melalui perbandingan dua kuiz yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pembelajaran analisa pembuktian matematik. Kegunaan analisa proses pembuktian ini juga dilihat memberi manfaat kepada pengajar sebagai alat untuk mengesan kesalahan dan menilai kefahaman pelajar dalam menyediakan suatu pembuktian matematik. |
Pages: | 122 |
Call Number: | QA300.N837 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Analisa proses pembuktian matematik bersistematik dan terarah.pdf Restricted Access | Full-text | 5.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.