Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777885
Title: Pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan efikasi kendiri guru terhadap pengintegrasian teknologi di kelas prasekolah
Authors: Nurul Hidayah Mohd Salleh (P79028)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Pedagogical content knowledge
Self-efficacy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jan-2024
Abstract: Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan efikasi kendiri mempengaruhi pengintegrasian teknologi oleh guru di kelas prasekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK), tahap efikasi kendiri pengajaran menggunakan teknologi, tahap pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah serta pengaruh tahap Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan efikasi kendiri terhadap pengintegrasian teknologi oleh guru prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan keratan rentas. Kajian ini dijalankan di sekitar Johor Bahru dengan menggunakan teknik persampelan mudah kepada 157 orang guru prasekolah. Soal selidik diadaptasi daripada kajian Individu dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan terhadap Efikasi Kendiri. Data dikumpulkan secara dalam talian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis yang dijalankan mendapati terdapat pengaruh yang kuat antara Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan efikasi kendiri guru terhadap pengintegrasian teknologi oleh guru di kelas prasekolah. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian lepas yang menyatakan bahawa guru boleh memaksimumkan pembelajaran melalui pengaplikasian teknologi di kelas melalui kehadiran guru yang aktif diperlukan bukan hanya melalui kemahiran guna teknologi, malah guru perlu menggabungkan pengetahuan pedagogi, pengetahuan kurikulum dan pengetahuan teknologi bagi menjayakannya. Malah, faktor efikasi kendiri guru turut dikatakan mempengaruhi pengintegrasian teknologi guru di kelas prasekolah. Semua pihak yang berkenaan perlu memberikan perhatian dalam memastikan pengetahuan dan efikasi kendiri guru sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengintegrasian teknologi di kelas Prasekolah. Oleh itu, beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.
Pages: 155
Call Number: LB1028.3.N8378 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan efikasi kendiri guru terhadap pengintegrasian teknologi di kelas prasekolah.pdf
  Restricted Access
Partial620.68 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.