Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777835
Title: Pengetahuan, sikap dan nilai terhadap literasi air dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Authors: Nurul Waheeda Haji Saad (P113473)
Supervisor: Siti Nur Diyana Mahmud, Dr.
Keywords: Water use
High school students
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jan-2024
Abstract: Literasi air adalah komponen penting dalam pendidikan yang mendorong kepada pengembangan pengetahuan, sikap, dan nilai yang berkaitan dengan pemuliharaan, pengurusan, dan kelestarian air. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap pengetahuan, sikap dan nilai pelajar terhadap literasi air kurang mendapat perhatian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap, dan nilai yang berkaitan dengan literasi air dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan jantina dan lokasi sekolah, dan untuk mengkaji hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah ini. Pendekatan kuantitatif secara tinjauan dilakukan kepada 375 pelajar tingkatan empat sekolah menengah dari lapan buah sekolah yang terletak di bandar dan luar bandar di daerah Hulu Langat, Selangor. Tinjauan ini merangkumi persoalan yang berkaitan dengan pengetahuan yang melibatkan aspek pengetahuan saintifik dan pengetahuan hidrososial, sikap serta nilai terhadap literasi air. Data yang dikumpul menerusi borang soal selidik literasi air seterusnya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai, serta menggunakan kaedah inferensi melalui ujian MANOVA dua hala, ujian korelasi Pearson dan analisis regresi. Tahap pengetahuan, sikap dan nilai literasi air dalam kalangan pelajar memperolehi tahap interpretasi “Tinggi”. Hasil analisis MANOVA dua hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dalam pengetahuan (p=0.057) dan nilai (p=0.054) tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap (p=0.017*) literasi air berdasarkan jantina. Dari segi lokasi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar dalam aspek pengetahuan, sikap dan nilai literasi air. Kajian ini juga menggunakan analisis korelasi dan regresi untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan, sikap dan nilai yang berkaitan dengan literasi air. Hasilnya menunjukkan korelasi positif yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan nilai yang berkaitan dengan literasi air (p<0.01). Analisis regresi menunjukkan bahawa pengetahuan dan nilai adalah peramal yang signifikan sebanyak 32.5 % terhadap sikap literasi air (p<0.001) manakala 67.5 % adalah disumbang oleh faktor di luar kajian ini. Kajian ini menyerlahkan kepentingan pengintegrasian pendidikan literasi air dalam kurikulum KSSM dan kepentingan menggalakkan penggunaan dan pengurusan air lestari dalam kalangan generasi akan datang. Hasil kajian dapat memberikan impak kepada dasar dan polisi pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan pendidikan literasi air dan menggalakkan penggunaan dan pengurusan air lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Pages: 183
Call Number: TD345.N837 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777835
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan, sikap dan nilai terhadap literasi air dalam kalangan pelajar skolah menengah.pdf
  Restricted Access
Full-text46.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.