Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777823
Title: | Populasi dinamik kumbang, Oryctes rhinoceros dengan tahap jangkitan Oryctes nudivirus di kawasan penanaman semula kelapa sawit |
Authors: | Shamsilawani Ahamed Bakeri (P81147) |
Supervisor: | Johari Jalinas, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Oryctes Oryctes rhinoceros Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Nov-2022 |
Abstract: | Kelimpahan timbunan kelapa sawit reput di kawasan ladang yang mengamalkan pembakaran sifar bagi tujuan penanaman semula menyediakan tempat yang sesuai untuk pembiakan, kumbang Oryctes rhinoceros. Maklumat mengenai aktiviti kumbang dewasa dengan populasi tahap pembiakkannya merupakan maklumat asas yang penting untuk merancang dalam pengurusan mengawal populasi O. rhinoceros dengan lebih berkesan di kawasan penanaman semula. Oryctes Nudivirus merupakan salah satu agen kawalan biologi semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan populasi kumbang badak dan kerosakan kelapa sawit muda pada kawasan penanaman semula sawit. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengkaji mengenai populasi kumbang badak, O. rhinoceros di kawasan penaaman semula serta tahap jangkitan Nudivirus, OrNV untuk kawalan perosak sawit O. rhinoceros sehingga 18 bulan setelah penanaman semula (MAR). Kajian ini telah menggunakan 13 perangkap feromon etil 4-metiloctanoate untuk pensampelan kumbang dewasa manakala larva diperolehi dari batang kelapa sawit reput, di kawasan tanaman semula pembakaran sifar di dua zon i) zon pinggiran dan ii) zon pedalaman di ladang 2T Felcra Lekir, Sitiawan, Perak. Pengenalpastian jangkitan Nudivirus pada populasi O. rhinoceros dikesan melalui teknik molekul tindakbalas rantaian polymerase, PCR. Hasil tangkapan kumbang menunjukkan di zon pinggiran (sempadan luar perangkap) populasi adalah lebih tinggi (antara 0.54-1.85 m/p/m (min dewasa/seperangkap/semalaman) daripada zon pedalaman (antara 0.13-1.03 m/p/m), menunjukkan bahawa kumbang dewasa, bertumpu pada zon pinggiran dan tidak terbang terus ke blok pedalaman. Generasi baru dapat dikesan selepas penanaman semula di mana terdapat kehadiran larva instar pertama iaitu, L1(0.25 l/t (min purata larva per timbunan sawit)) dan ketiga, L3 (1.5 l/t) yang hadir bersama dengan kumbang dewasa muda atau neonat (0.5 l/t). Peningkatan populasi dewasa menunjukkan generasi kedua O.rhinoceros ini telah bermula. Di sini juga wujud kehadiran peringkat perkembangan iaitu, pupa (0.25 l/t), instar L2 (0.75 l/t) dan L3 (3.0 l/t). Taburan hujan yang sederhana memainkan peranan penting dalam populasi kumbang dewasa di mana, kumbang jantan mempunyai hubungan yang lebih signifikan (F = 12.173, R2 = 0.462, p <0.05) daripada populasi kumbang betina (F = 0.529, R2 = 0.0376, p> 0.05). Populasi larva mempunyai korelasi yang sangat positif dengan taburan hujan (F = 15.214, R2 = 0.521, p <0.05). Selain faktor hujan, peratusan kelembapan mempunyai korelasi yang sangat positif dengan populasi larva instar, L3 (F = 2.752, R2 = 0.319, p <0.05) di mana tahap pengembangan instar larva memerlukan kandungan kelembapan yang tinggi untuk tumbesaran menjadi kumbang dewasa. Dengan kaedah PCR bagi keseluruhan sampel, 97.6% jangkitan (27 dari 28) kumbang dewasa dan 100% jangkitan larva dengan gejala usus bengkak dan dipenuhi cairan putih seperti susu ini didapati dikenalpasti. Kaedah PCR tidak dapat mengesan jangkitan virus pada peringkat pupa, menunjukkan penularan virus daripada larva kepada peringkat pupa tidak berlaku. Peratusan jangkitan Nudivirus tertinggi pada populasi sekitar 71% dicapai pada 10 MAR, di mana min populasi kedua-dua kumbang dewasa menurun kepada minimum 0.92 m /p/m. Populasi kumbang dewasa (F = 4.68, R2 = 0.3692, p <0.05) dan populasi larva (F = 0.5788, R2 = 0.0675, p <0.05) berkorelasi negatif dengan peratusan jangkitan Nudivirus. Dengan pengetahuan mengenai populasi Oryctes rhinoceros serta pengaruh faktor abiotik pada tempat pembiakannya, kita dapat meramalkan kemunculan generasi dewasa berikutnya dan merancang pengurusan untuk kawalan dengan penggunaan teknik pelepasan Nudivirus sebagai agen kawalan. Tanpa strategi kawalan, populasi Oryctes dilaporkan boleh bertapak di timbunan batang kelapa sawit selama dua tahun dan melibatkan kerosakan berpanjangan kepada kelapa sawit muda. |
Pages: | 101 |
Call Number: | QL596.S3.S533 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Populasi dinamik kumbang, oryctes rhinoceros dengan tahap jangkitan oryctes nudivirus di kawasan penanaman semula kelapa sawit.pdf Restricted Access | Partial | 694.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.