Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777656
Title: Arca Buddha dari Lembah Bujang serta hubungannya dengan style arca Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra, antara abad ke 9 dan ke 14
Authors: Nik Hassan Shuhaimi
Conference Name: Pertemuan Ilmiah Arkeologi
Keywords: Tapak arkeologi
Candi
Arca purba
Lembah Bujang
Conference Date: 1980-02-25
Conference Location: Jakarta, Indonesia
Abstract: Tapak arkeologi di Lembah Bujang negeri Kedah di Semenanjung Malaysia pertama kali diselidiki oleh Kol. James Low, yang menjadi Resident Pulau Pinang pada masa itu, di tahun 1840an. Penyelidikan ini diteruskan oleh Dr. Quaritch-Wales dan isteri pada tahun 1936-1937. Sehingga hari ini dijumpai 50 tapak arkeologi. Lapan daripada tapak-tapak itu telah pun digalicari dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara Kuala Lumpur. Dalam tahun 1976 diteliti dua buah tapak, tapak 21 dan 22, di Lembah Bujang dekat Pengkalan Bujang. Pada kedua tapak ini dijumpai empat buah arca Buddhis. Tiga di antaranya dibuat dari tanah liat dan satu dari gangsa. Kita tidak dapat memastikan dari tapak yang mana arca-arca itu berasal. Perjumpaan arca sangatlah bermakna karena inilah pertama kali temuan seumpama itu dibuat dalam penelitian yang sistematis dan terkawal di Lembah Bujang. Dengan berasaskan kepada keterangan tembikar yang dijumpai bersama dengan candi-candi itu, secara relatif dapatlah ditarikh kan candi-candi itu pada zaman antara abad ke 9 dan ke 14. Zaman ini adalah sezaman dengan kemunculan dan kenaikan Pengkalan Bujang sebagai entrepot. Secara tidak langsung keempat arca itu dapat diberi tarikh yang sama seperti tarikh kedua-dua candi itu. Arca-arca itu dapat digolongkan kepada kumpulan arca Buddhis yang dijumpai di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra yang diklasifikasikan sebagai memiliki style abad ke 9 hingga abad ke 14. Dari style arca-arca itu dapatlah dirumuskan bahwa arca zaman ini di Semenanjung Tanah Melayu adalah hasil ciptaan tempatan. Arca-arca mempunyai style yang bercampur dan setengah dari sifat atau cirinya adalah hal milik bersama arca-arca itu, yang memang merupakan ciri utama arca-arca di zaman itu bagi kawasan Asia Tenggara.
Pages: 165-181
Call Number: DS621.P47 1980 katsem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.