Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777464
Title: Pembangunan modul intervensi peaters choiceTM bagi pengurusan pemakanan kanak kanak pemakan cerewet untuk kegunaan pengamal penjagaan kesihatan
Authors: Mohd Shah Kamarudin (P110943)
Supervisor: Nur Hana Hamzaid, Dr.
Mohd Razif Shahril, Prof. Madya Dr.
Hasnah Haron, Prof. Madya Dr.
Masne Kadar, Prof. Madya Dr.
Nik Shanita Safii,Prof. Madya Dr.
Keywords: Eating Behavior
Feeding Behavior
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Jul-2024
Abstract: Pemakan Cerewet (PC) didefinisikan sebagai kurang kepelbagaian dalam pengambilan makanan harian, takut mencuba makanan baharu (neophobia) serta enggan mengambil makanan yang dikategorikan sebagai kebiasaannya dimakan. Tingkah laku PC yang berlarutan dapat memberikan kesan kepada tingkah laku makan yang lebih membimbangkan dan mengganggu pertumbuhan serta pengambilan nutrien mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan modul intervensi PEaters Choice™ bagi pengurusan pemakanan kanak-kanak PC untuk kegunaan pengamal penjagaan kesihatan (HCP). Kajian ini menggunakan Model ADDIE dan terdapat lima fasa keseluruhannya (Fasa I: Analisis (A); Fasa II: Reka bentuk (D); Fasa III: Pembangunan (D); Fasa IV: Implementasi (I) dan Fasa V: Penilaian (E)). Fasa I terbahagi kepada kajian penskopan dan kajian campuran iaitu 1) tinjauan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak tiga hingga lima tahun serta 2) perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dalam kalangan HCP. Tinjauan ini menggunakan Child Eating Behavior Questionnaires (CEBQ), Parenting Style Dimension Questionnaires (PSDQ) dan Profil Sensori Kanak-Kanak (CSP2)- Pemprosesan Sensori Oral manakala FGD menggunakan soalan separa terbuka yang dibentuk daripada kajian-kajian lepas. Hasil kajian penskopan mendapati intervensi multikomponen dengan pendekatan komponen pemakanan, sensori dan persekitaran sosial adalah pendekatan intervensi terbaik untuk kanak-kanak PC. Hasil tinjauan melaporkan prevalen kanak-kanak PC sebanyak 45%, dan 99% ibu bapa mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif. Terdapat juga hubungan korelasi yang positif (r=0.21) di antara tingkah laku PC dan pemprosesan oral sensori. Hasil FGD pula mendapati ibu bapa memainkan peranan dalam pemberian makanan kanak-kanak malahan turut menyumbang kepada tingkah laku PC. Hasil kajian Fasa I ini kemudiannya digunakan pada fasa seterusnya. Fasa II tidak mempunyai bentuk kajian yang spesifik tetapi lebih kepada penghasilan inventori tugas kumpulan penyelidik, objektif setiap aktiviti modul dan penghasilan strategi cara penilaian. Fasa III pula melibatkan dua pembangunan iaitu pangkalan data sensori dengan kandungan nutrien dan modul. Bagi pembangunan pangkalan data sensori, sembilan orang ahli panel sensori terlatih telah terlibat dan sebanyak 60 makanan berserta atribut sensori berkaitan kanak-kanak PC telah dibina. Ini seterusnya menghasilkan kaedah Plus and Expand yang merupakan salah satu kaedah intervensi di dalam modul ini. Setelah itu, modul intervensi PEaters Choice™ telah dihasilkan dengan memberikan fokus kepada pemakanan sihat, sensori dan strategi keibubapaan. Seramai sembilan orang pakar telah menilai kesahan modul dengan peratus kesahan modul 92.2 dan S-CVI 0.98. Bagi mencuba pelaksanaan modul kepada kumpulan sasaran, Fasa IV kajian ini telah dijalankan melibatkan kaedah temu bual kognitif dengan empat orang HCP. Hasil temu bual kognitif mendapati mereka memahami kandungan modul secara keseluruhan. Seterusnya, Fasa V yang menilai pengetahuan, kebolehgunaan dan penerimaan modul melibatkan 31 orang HCP telah dijalankan. Hasil kajian mendapati modul ini membantu meningkatkan pengetahuan HCP berkaitan tingkah laku PC [F (1, 28)=15.51, p<0.05]. Bentuk, susunan dan kandungan modul adalah baik dan penyampaian keseluruhan sesi juga adalah menarik, mudah difahami dan menepati objektif. Kesimpulannya, modul intervensi PEaters Choice™ telah berjaya dihasilkan dan meningkatkan pengetahuan HCP terutamanya dalam hal pemakanan sihat, sensori dan keibubapaan. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan dalam penambahbaikan panduan pemberian makanan kanak-kanak secara amnya
Notes: e-tesis
Pages: 430
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
(Terhad)Pembangunan modul intervensi peaters choice.pdf
  Restricted Access
Partial8.66 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.