Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776798
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSyed Muhammad Naguib Al-Attas-
dc.date.accessioned2024-11-27T04:24:59Z-
dc.date.available2024-11-27T04:24:59Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776798-
dc.description.abstractDalam perbincangan mengenai pengenalan terhadap nilai-nilai se suatu kebudayaan syarat utama ialah bahawa kita harus mengenali sejarah kebudayaan itu. Sejarah kebudayaan Melayu belum pernah dirumuskan se cara yang benar-benar ilmiah. Sebab halnya itu demikian ialah terutamanya kerana penulisan sejarah Melayu-Indonesia belum mencapai darjat yang sem purna. Dalam sejarah Melayu-Indonesia, sebagaimana dikemukakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat serta orientalisnya yang dilayani oleh murid-murid mereka yang tidak sedikit terdiri dari bangsa Melayu-Indonesia sendiri, yang dititikberatkan ialah sejarah zaman purbakala, sejarah zaman Hindu dan Buddha, sejarah zaman kolonial dan sejarah baru. Dari segi kebudayaan nilai-nilai yang diutamakan dalam sejarah kita ialah nilai- nilai Hindu-Buddha dan ugama purbakala yang berdasarkan seni sebagai punca kehidupan. Sungguhpun pada zaman kolonial nilai-nilai baru dari Barat telah dibawa masuk ke dalam suasana kehidupan Melayu-Indonesia, politik, pentadbiran, dan kemudian sains dan teknoloji, namun pandangan hidup yang dianjurkan oleh sistem kolonial itu sendiri tetap memperkukuh serta meneruskan tradisi seni sebagai punca kehidupan, tradisi yang me ngemukakan pandangan berdasarkan pada nilai-nilai estetik dan bukan nilai-nilai saintifik. Kesusasteraan yang ditayangkan banyak menggambarkan methos dan alam khayal. Pengkajian bahasa dan kesusasteraan Melayu tetap terbelenggu pada punca kebudayaan benua India dan seterusnya pada kebudayaan Hindu-Jawa sehingga tiada apa-apa kemajuan yang telah di capai dalam bidang ilmiah terhadap pengkajian sempurna bahasa dan ke- susasteraan Melayu. Dalam konsep persejarahan yang terbayang sebagai mana dinyatakan di atas satu perkara penting yang sangat menjolok mata, budayaan Melayu. Segala pengkajian mengenai bahasa dan kesusasteraan iaitu pengabaian terhadap Islam dan pengaruhnya dalam sejarah dan ke- Melayu, segala penilaian terhadap kebudayaan Melayu, tiada berdasarkan pengkajian dan penilaian terhadap Islam dan kebudayaan Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectKebudayaan Melayuen_US
dc.subjectKesusasteraan Melayuen_US
dc.titleNilai-nilai kebudayaan dalam bahasa dan kesusasteraan Melayuen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages130-137en_US
dc.identifier.callnoDS594.K6 1971 semkaten_US
dc.contributor.conferencenameAsas Kebudayaan Kebangsaan-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Malaya, Kuala Lumpur-
dc.date.conferencedate1971-08-16-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.