Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776748
Title: Sejarah dan pemikiran konsep kebudayaan di Malaysia
Authors: Abdul Latiff Abu Bakar
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Kebudayaan Melayu
Melayu
Malaysia
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Kebudayaan Melayu yang ada sekarang ini sebenarnya telah mengalami proses persambungan dan perubahan (mengikut penyesuaian keadaan) sejak 3,500. Sehingga sekarang, kebudayaan Melayu mempunyai identiti yang tersendiri dan Islam memainkan peranan penting dalam menentukan identiti tersebut. Sejak kedatangan Islam di Alam Melayu, lebih kurang 800 tahun dahulu, orang-orang Melayu telah menerima pengaruh Islam di dalam menentukan siapakah yang disebut Melayu itu. Di zaman penjajahan Inggeris, para penulis, aktivis dan intelek Melayu sentiasa menanamkan semangat supaya orang-orang Melayu bersemangat 'cintakan bangsa (Melayu), agama (Islam) dan tanahair (Tanah Melayu)'. Di sini, agama Islam telah dijadikan unsur yang amat penting dalam menentukan identiti budaya bagi memperjuangkan hak di tanahair mereka. Alam Melayu atau Dunia Melayu yang wujud tidak kurang 3,500 tahun dahulu telah didiami oleh orang-orang Melayu. Di dalam zaman pra-sejarah ini, orang-orang Melayu mempunyai cara hidup dan sistem masyarakat yang tersendiri. Di samping itu mereka telah menerima berbagai-bagai perkembangan dan pengaruh dari India (Hindu-Buddha) sejak 1,500 tahun yang lalu, Arab-Parsi (Islam) sejak 800 tahun yang lalu dan pengaruh Barat sejak 500 tahun yang lalu. Kerajaan yang memperkenalkan Melayu dan menguasai Dunia Melayu ini pada abad ke-7 ialah kerajaan Sri Wijaya, seterusnya diikuti kerajaan Majapahit dan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Pages: 1-17
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.