Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776747
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZainal Kling-
dc.date.accessioned2024-11-26T08:21:34Z-
dc.date.available2024-11-26T08:21:34Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776747-
dc.description.abstractSelepas sesuku abad Tanah Melayu dan Malaysia bebas kembali menentukan kedaulatan sendiri untuk menyambung tradisi dan aliran sejarah bangsa dan budayanya di Alam Melayu, orang masih juga memperkatakan tentang asas, proses dan bentuk kebudayaan kebangsaan Malaysia. Pada prinsipnya sama ada dari segi teori, politik, sejarah, kemasyarakatan ataupun kenegaraan, persoalan seperti ini adalah satu keganjilan dan kejanggalan yang amat menakjubkan. Malah soalan seperti ini adalah suatu keangkuhan yang kurang adab. Yang mempersoal sedemikian adalah menafikan segala fakta sejarah, realiti politik, proses kebudayaan, struktur kenegaraan dan lebih dalam lagi alam pemikiran yang logis dalam kehidupan kita di Malaysia kini. Fakta sejarah ribuan tahun dengan tegas merakam kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu di rantau alam sebelah sini sehingga bangsa Melayu, dengan erti yang luas, telah menakrif dan memberi ketentuan kepada identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu, atau setidak-tidaknya sebagai suatu entiti geografi dan kebudayaan yang satu dan padu dari pandangan orang luar, walau apapun nama yang telah diberikan kepadanya - yavadvipa, laut selatan, golden chersonese, Malay Archipelago ataupun tanah jawi. Segala nama dan penanda ini telah mengiktiraf sejak zaman kuno suatu kesatuan dan keutuhan wilayah budaya, suatu kewujudan entiti yang nyata dan jelas, yang secara struktur dalamannya adalah bersifat Melayu.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectKebudayaan kebangsaanen_US
dc.subjectMalaysiaen_US
dc.titleKonsep kebudayaan kebangsaan Malaysiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages1-30en_US
dc.identifier.callnoDS594.P4767 1982 semen_US
dc.contributor.conferencenamePertemuan Dunia Melayu-
dc.coverage.conferencelocationMelaka-
dc.date.conferencedate1982-12-18-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.