Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776741
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorTaufik Abdullah-
dc.date.accessioned2024-11-26T07:08:42Z-
dc.date.available2024-11-26T07:08:42Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776741-
dc.description.abstractBarangkali Rustam Effendi hanya berlagak sahaja. Ia ingin menampilkan dirinya sebagai pembaru atau, bahkan revolusioner; "sarat saraf saya mungkiri", katanya. Atau boleh jadi ia hanya ingin membuat apologi, ingin minta maaf, tanpa merendahkan diri "sebab laguku menurut sukma", katanya lagi. Biarlah para ahli sastera memperlihatkan dengan mengadakan perbandingan atau sejenisnya itu dengan tradisi sastera, yang secara hipotesis harus dianggap sebagai latar belakang penciptaannya. Tetapi "proklamasi"nya dalam "Bukan Beta Bijak Berperi" yang terkenal itu bagi saya terasa lebih penting kerana hal-hal lain, dan hal lain ini sangat berkaitan dengan tema pokok makalah ini. Tentu sahaja yang paling jelas ialah suatu tuntutan akan kebebasan kepenyairan. Ia seakan-akan mengatakan bahawa keterikatan kepada "untaian rangkaian seloka lama" hanya akan menyebabkan lagu yang "menurut sukma" akan terbelenggu. Tetapi tuntutan ini adalah suatu hal yang risbi, relatif dan tidak beku atau kaku. Bukankah tradisi hanya dapat berkembang, atau mestikah saya katakan "bertahan", kerana dimungkinkannya kebebasan yang dapat dan harus dibenarkan agar tradisi itu dapat menampung berbagai peristiwa yang tidak terduga? Kerana itu saya kira "kebebasan" yang paling dekat dalam pemikiran atau lebih tepat, "sukma" si penyair ialah kebebasan politik. "Bukan beta budak negeri Musti menurut undangan mair". Apakah corak "negeri" yang "undangan mair"nya tidak hendak ia ikuti itu? Ditulis di penggalan pertama tahun 1920-an, jawabnya tentu jelas - iaitu negeri yang terikat dalam ikatan subordinasi kolonial, dan yang masih dibuai oleh "untaian rangkaian seloka lama". Ertinya negeri kolonial dengan masyarakat tradisional. Tetapi hasrat merdeka dan ingin "maju" tidaklah terlalu aneh dan bukanlah pula hal yang baru. Berbagai pemberontakan telah terjadi dan kiralah sudah berapa pahlawan yang dikenal ataupun tidak yang telah gugur. Untuk "maju"? Lihat sahaja sudah berapa organisasi dan perkumpulan yang berdiri dan perseorangan yang tampil untuk memerangi "kebodohan" dan "kemelaratan".en_US
dc.language.isoinden_US
dc.subjectSastera Melayu-Indonesiaen_US
dc.subjectIndonesiaen_US
dc.titleSastera Melayu-Indonesia moden dan keragaman latar budaya peribumi Indonesiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages1-16en_US
dc.identifier.callnoDS594.P4767 1982 semen_US
dc.contributor.conferencenamePertemuan Dunia Melayu-
dc.coverage.conferencelocationMelaka-
dc.date.conferencedate1982-12-18-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.