Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776740
Title: | Bahasa dan persuratan Melayu di Malaysia - pertembungan dan survival |
Authors: | Ismail Hussein |
Conference Name: | Pertemuan Dunia Melayu |
Keywords: | Bahasa Melayu Persuratan Melayu Malaysia |
Conference Date: | 1982-12-18 |
Conference Location: | Melaka |
Abstract: | Di dalam perspektif Dunia Melayu yang luas, Tanah Melayu di Malaysia merupakan salah satu kubu yang terkuat dan terakhir bagi tradisi Melayu-Islam dalam bentuknya yang agak murni. Saya katakan 'salah satu', kerana di sinipun tradisi itu sedang mencair dengan amat cepat, diwarnai oleh tradisi-tradisi yang bukan-Melayu dan bukan-Islam, yang menjadi sebagian dari negara Malaysia baru. Barangkali tidaklah akan mengherankan jikalau pada dekad mendatang tradisi Melayu-Islam itu akan akhirnya terkurung hanya di negara Brunei. Bagaimanapun dari segi masaalah pengembangan bahasa dan persuratan Melayu baru, Malaysia kini memberi wajah dan perspektif yang menarik. Ini salah satu tanah asal usul bahasa dan budaya Melayu, dan perjalanan sejarah-nya, walaupun terganggu oleh penjajahan Barat, tetapi tidak pernah terputus. Di sini masih berlanjutan tradisi raja-rajanya, didampingi dengan adat istiadat, budi bahasa, kesenian dan dialek-dialek Melayu, serta juga ketaatan kepada agama yang menjadi dasar kepada tradisi Melayu-Islam itu. Banyak daripada ciri-ciri yang seperti ini tidaklah dapat dikatakan wujud dengan sempurna atau subur lagi di daerah asal usul tradisi Melayu yang lain, iaitu di pesisiran timur Tanah Sumatera. |
Pages: | 1-11 |
Call Number: | DS594.P4767 1982 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.