Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776738
Title: Sastera Melayu sebagai penyambung tradisi Melayu dan Islam - perkembangan di Brunei
Authors: Awang Alidin Haji Othman
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Sastera Melayu
Melayu
Islam
Brunei
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Perkembangan sastera Melayu sebagai penyambung tradisi Melayu dan Islam di Brunei, dari tinjauan sepintas lalu, mungkin tidak banyak bezanya dari perkembangan yang telah berlaku di negara-negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia. Brunei pada masa ini hanya merupakan sebuah negara kecil dengan jumlah penduduknya tidak sampai sesuku juta jiwa; maka perhatian orang terhadap perkembangan sasteranya telah terlindung oleh kepesatan dan kemajuan sastera yang muncul di Malaysia dan Indonesia yang juga ditulis dalam bahasa Melayu. Hal yang serupa tidak sahaja berlaku pada zaman ini ketika alat-alat komunikasi sudah mencapai kemuncak kemajuannya, tetapi juga berlaku pada masa lalu. Perhatian kaum orientalis dalam dalam bidang sastera Melayu pada masa silam lebih banyak diarahkan ke Malaysia dan Indonesia, sehingga Stamford Raffles khabarnya telah mengumpulkan begitu banyak buku sastera dari Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa untuk diangkutnya ke England. Tetapi cita-citanya itu terhalang apabila kapal The Fame yang mengangkut bahan-bahan tersebut terbakar. di laut pantai Bangkahulu. R.O. Winstedt, W.E. Maxwell, R.J. Wilkinson ketika itu menjadi pegawai pentadbir di Tanah Melayu banyak sekali membuat kajian tentang sastera Melayu klasik, adat istiadat dan bahasa Melayu. Di Indonesia pula terdapat ramai orientalis Belanda yang mengumpul dan membuat kajian tentang sastera, bahasa dan adat-istiadat dari berbagai-bagai suku bangsa di negara itu, sehingga terbitlah tulisan-tulisan yang terkenal dari Ch. A. van Ophuijsen, Ph. S. van Ronkel, H.H. Juynboll, H.N. van der Tuuk, J. Pijnappel, C. Hooykaas, A. Teeuw dan sebagainya. Sastera Malaysia dan Indonesia pun dikenalilah oleh dunia luar, apatah pula negeri Belanda kemudian menjadi pusat pengajian bahasa dan sastera Indonesia. Tetapi bagaimana dengan Brunei? Mungkin banyak orang secara mudah menganggap bahawa sastera Brunei tidak perlu dibuat kajian lagi sebab sudah cukup diwakili oleh sastera Malaysia dan Indonesia yang juga pada dasarnya sastera Melayu atau mungkin hal ini menjadi satu rahmat tersembunyi kepada Brunei agaknya, masih tersimpan di Brunei walaupun kerana itu sastera Brunei tidak terkenal ke dunia luar.
Pages: 1-26
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.