Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776737
Title: Sastera Melayu dalam masyarakat Melayu minoriti perkembangan di Thailand
Authors: Hassan Madmarn
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Melayu minoriti
Sastera Melayu
Thailand
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Bahawa yang dimaksudkan "Melayu Minoriti" dalam tajuk ini ialah masyarakat orang-orang Melayu di dalam empat wilayah selatan Thai yang terkenal dengan Pattani, Yala, Narathiwat dan Setul. Walaupun terdapat banyak lagi masyarakat Melayu di tempat lain, tetapi kebanyakan mereka tidak mengguna-kan bahasa Melayu di dalam percakapan harian, dan bahasa Melayu yang digunakan adalah hasil pengetahuan dari pengajian mereka sahaja. Perkataan "minoriti" dalam tajuk ini, bermaksud bahawa orang-orang Melayu di kawasan tersebut mempunyai bilangan lebih kecil jika dibandingkan dengan seluruh penduduk di negara Thai. Sebaliknya pula mereka dianggap sebagai golongan majoriti jika dibandingkan dengan jumlah penduduk- penduduk yang berada di dalam empat wilayah itu sendiri. Bilangan orang-orang Melayu (Thai Muslim) di dalam empat wilayah tersebut ialah lebih kurang sebanyak 75% dari bilangan penduduk semuanya. Mereka ini mengguna-kan bahasa Melayu daerah sebagai bahasa percakapan harian, iaitu mengguna-kan bahasa Melayu loghat Kelantan. Kumpulan ini terdiri dari penduduk-penduduk di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Orang-orang Melayu di wilayah Setul pula, menggunakan bahasa Melayu loghat Perlis dan Kedah, kerana wilayah Setul mempunyai kawasan sempadan berdekatan dengan wilayah Perlis dan Kedah. Manakala wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat lebih hampir dengan negeri Kelantan. Oleh kerana rapatnya hubungan antara orang-orang Melayu dalam empat wilayah selatan Thai dengan Malaysia, maka lebih senang bagi mereka menerima adat resam, kebudayaan dan seumpamanya dari orang-orang Melayu terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak hairanlah bahawa penduduk di dalam empat wilayah tersebut mempunyai adat resam, bahasa dan agama yang sama dengan orang Melayu. Malaysia serta mempunyai perasaan bahawa mereka adalah orang Melayu, dan ini telah beberapa lama tertanam di jiwa mereka hingga sangat sukar hendak dipisahkan.
Pages: 1-22
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.