Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776727
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Zakaria Ali | - |
dc.date.accessioned | 2024-11-26T04:23:10Z | - |
dc.date.available | 2024-11-26T04:23:10Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776727 | - |
dc.description.abstract | ESTETIKA ialah terjemahan dari perkataan Inggeris aesthetics. Sumbernya ialah perkataan Greek aisthetikos yang bererti sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan. Bertolak dari makna ini maka dapat dicari sebilangan perkataan Melayu yang khusus merujuk kepada tugas dan peranan mata: tengok, pandang, lihat, tenung, tampak dan sebagainya. Istilah estetika digunakan kerana ia mengkaji konsep keindahan sebagai suatu ilmu. Di dalam kertas kerja ini akan dibuat beberapa andaian, agakan, rumusan serta interpretasi demi mempersembahkan objek-objek yang disentuh untuk dinilai dan dihargai. Terlibatnya akal yang berfikir dan hati yang merasa adalah satu hal yang tak perlu ditegaskan, bila kita perkatakan tentang tugas dan peranan deria-deria di dalam konteks penghasilan dan penghargaan objek-objek seni. Cara dan kaedah kita menghasilkan objek-objek seni yang indah adalah tertakluk kepada bahan dan teknik yang kita warisi. Dan warisan ialah tema sejarah dalam ertikata bahawa sejarahlah yang memberinya makna. Kerana itu adalah dikirakan baik jika ditinjau ke masa lampau dan kita ambil beberapa contoh objek seni untuk dapat digunakan sebagai gambaran umum perihal orang-orang Melayu mempernyatakan rasa keindahan yang dialaminya. Barangkali benda-benda semulajadi di dalam nature merupakan tahap pengalaman yang utama dan pertama bagi seniman Melayu. Berhadapan dengan benda-benda yang indah bererti menyentuh soal bentuk atau konfigurasi. Saya berkata demikian kerana sebagai seorang pelukis saya mengamati dunia demikianlah perkaitan berbagai jenis bentuk, dan kedudukan setiap satunya di dalam satah-satah yang benar dan yang diagak di dalam kepala. Dan nature, atau alam semulajadi, sememangnya kaya malah terlalu kaya dengan bentuk-bentuk dan satah-satah untuk penglihatan seniman. Jenis-jenis kontras, saingan, imbangan, sulaman, tindihan bentuk-bentuk tersebut merupakan guru yang sentiasa mengajar dan melatih mata dan bakat seniman untuk menghasilkannya kembali di dalam karya atau kerjanya. Dan betapa selektifnya seniman Melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun, ranting, dan bunga yang terhad yang diolahnya. Bahagian-bahagian rumah yang dihiasi oleh ukiran pun terhad juga: tangga, daun pintu, tingkap, tiang dan dinding. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Estetika Melayu | en_US |
dc.subject | Objek seni | en_US |
dc.subject | Melayu | en_US |
dc.title | Estetika Melayu ditinjau dari segi objek-objek seni | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 1-7 | en_US |
dc.identifier.callno | DS594.P4767 1982 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Pertemuan Dunia Melayu | - |
dc.coverage.conferencelocation | Melaka | - |
dc.date.conferencedate | 1982-12-18 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.